Adakah anda tergolong dalam kategori mereka yang sukar nak berkata 'TIDAK'. Kenapa Takut Nak Berkata Tidak: (Takut Nak Menolak), Teruskan mambaca ;~)
Berat rasa hati nak menerima, walau bagaimanapun mulut berkata ok, tapi dalam hati berkata tidak. Sukarnya nak diucapkan perkataan TIDAK. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu sukar nak berkata tidak, Antaranya ialah kerana :
1. Takut melukai hati orang lain,
2. Rasa berdosa atau bersalah kerana tidak dapat membantu atau menyumbang
3. Rasa serba salah
4. Rasa bimbang dikatakan orang (pentingkan diri dan sebagainya)
5. Kerana rasa ragu. Antara kemahuan dengan redza
6. Tidak ada kerja atau perancangan kerja, lantas tiada alasan untuk menolak.
Walaupun pada kebanyakan orang tidak langsung menghadapi masalah untuk menolak atau berkata 'TIDAK". Tetapi pada sebahagian yang lain menganggapnya sesuatu yang sukar untuk diungkapkan. Menurut beberapa ahli psikologi, personaliti atau cara seseorang dibesarkan banyak mempengaruhi cara dia berfikir dan bertindak. Punca Sukar Nak Berkata Tidak antaranya ialah :
1. Personaliti,
Kajian Psikologi mereka yang berpersonaliti biru/romantic, sukar hendak berkata tidak.
2. Pengalaman silam sewaktu dibesarkan. Selalu tidak dihargai, selalu dilupakan. Untuk menarik perhatian orang lain, maka kena selalu jadi pak sanggup dengan berkata Ya, semata-mata untuk dihargai.
3. Tidak pandai mengurus diri dan meletakkan keutamaan diri seperti Aktiviti yang Mendesak dan Musthak, Tidak mendesak dan Mustahak, Mendesak dan Tidak Mustahak, serta Tidak Mendesak dan Tidak Mustahak
Kesan atau akibat Sukar Nak Berkata Tidak menjadikan seseorang itu :
1. Menjadikan diri kita sibuk tak tentu hala. Menyibuk untuk menyiapkan kerja orang lain.
2. Meningkatkan stress dan penyakit.
3. kekadang terpaksa berbohong, menipu dan melanggar undang2 semata-mata hendak menolong atau menyenangkan orang lain.
Jangan katakan "Ya" jika ingin berkata "Tidak". Tidak perlu takut dan tidak perlu khuatir. Susah atau senang, kita juga yang menanggungnya. Cakap senanglah !, Habis macam mana nak buat ?. Antara cara atau petua yang boleh kita gunakan untuk berkata TIDAK ialah :
1. Sertakan pujian semasa hendak berkata 'TIDAK'.
Dr. Delores, Pensyarah di Universitas East Coast di Amerika Syarikat, menyatakan antara cara terbaik untuk menolak ialah dengan memulakan kata-kata penolakan dengan pujian.
2. Menolak secara tegas dan meyakinkan.
"Saya sangat menghargai cadangan anda ini, tetapi kali ini saya terpaksa menolaknya, bukan kerana apa, tetapi kita sudah kekurangan peruntukan." Ini contoh penolakan halus. Menyusun jawapan menolak secara meyakinkan memungkinkan kita boleh terus menjaga hubungan/persabahatan, sekaligus menghindari rasa sakit hati.
3. Menawarkan kompromi.
Karena tidak mungkin memenuhi semua permintaan, perlu dipertimbangkan tanggapan secara tegas dan meyakinkan. Cadangkan tawaran yang lain sebagai gantian.
4. Berlatih bercakap seperti lagaknya orang politik.
Orang politik umumnya pandai berlakun supaya mampu menyampaikan tanggapan dengan percaya diri dan meyakinkan semasa berhadapan dengan wartawan atau orang ramai.
5. Minta Masa/Tangguh.
Dengan maksud menolak, kita boleh menjawab, "Nanti saya fikirkan dulu"; "Beri saya masa untuk berbincang terlebih dahulu dengan suami/isteri, keluarga, dan sebagainya.?"; "Beri saya masa untuk periksa jadual terlebih dahulu"; . Bagaimana kalau saya minta masa 1 - 2 hari lagi untuk memberikan jawapannya?
6. Jawaban singkat direct to the point.
Bulatkan pikiran dan katakan secara terus terang penolakan itu. Contoh, "Maaf, saya TIDAK bersedia sekarang." direct to the point. Jangan memberikan alasan. Alasan yang panjang lebar, kenapa tidak dapat atau tidak setuju, akan menyebabkan orang menjawab alasan yang kita berikan.
Jangan terlalu memikirkan untuk kita menyenangkan hati semua orang, cukuplah kalau kita dapat menyenangkan hati ramai orang.
;~) FAST.
No comments:
Post a Comment