January 02, 2012

Antara Benda Yang Menunggu Masa Untuk Pupus

Menarik untuk direnungkan. Sedih bila dikenangkan. Benda-benda yang satu masa dahulu begitu penting dan mempunyai peranan yang sangat besar kepada pembangunan dunia. Kini bakal menjadi kenangan dan akan hilang secara fizikalnya. Teruskan membaca :~).

Banyak benda -benda yang penting suatu masa dahulu kini hanya menjadi bahan koleksi di muzium. Menarik juga untuk dijadikan koleksi antik dirumah.

1. Mesin Menaip – Suatu masa dahulu mesin ini sangat popular di semua pejabat. Menjadi sebahagian syarat utama seseorang yang memohon jawatan kerani mesti pandai menggunakan mesin ini. Seiring dengan mesin ini, juga ditelan zaman ialah stencil dan mesin pencetak stencil. Semuanya menjadi bahan simpanan muzium masa kini.

2. Surat Khabar - Generasi masa kini (Generasi Y) sudah tidak lagi membeli surat khabar. Mereka mendapatkan berita dari internet dan juga dari mobile internet atau e-reader. Dikatakan semua penerbit akhbar sedang bertungkus lumus bekerjasama dengan apple, amazon dan juga pembuat telefon bagi merangka sistem langganan berita berbayar. Blogger dan berita dari internet kekadang lebih dipercayai berbanding dengan surat khabar.

3. Buku - seperti juga surat akhabar, lambat laun ia juga akan digantikan dengan gadget-gadget teknologi. Anda boleh mendapat bahan bacaan secara on-line dan boleh membaca dahulu sebahagian daripada tulisan sebelum membuat keputusan membelinya. Harga yang ditawarkan pula terlalu jauh lebih rendah daripada harga sebuah buku. Bahan bacaan kini lebih mudah disimpan didalam komputer, telefon bimbit, gadget dan sebagainya.

4. Telefon Talian Tetap - Kebanyakan orang yang masih lagi menggunakannya hanyalah kerana sudah biasa dan sudah lama berada di dalam rumah. Pakej yang disekalikan dengan talian internet juga menjadi penyelamat kepada talian tetap ini. Kebanyakan orang sekarang lebih selesa menggunakan telefon bimbit. Pakej seperti panggilan percuma untuk satu keluarga bagi panggilan sesama sendiri menyebabkan harga talian tetap tidak berbaloi untuk digunakan.

5. Muzik - Para pengendali industri muzik dikatakan sedang menggali kubur mereka sendiri. Muzik-musik baru nampaknya terhalang dari memasuki pasaran. Kebanyakan yang masih tinggal dan boleh dikatakan hampir kesemua bahan musik merupakan muzik-muzik lama dari penyanyi-penyanyi lama yang dikenali oleh orang ramai. Studio rakaman semakin kurang digunakan. Rakaman dengan hanya menggunakan perakam amatur dan dimuat naik di youtube sudah cukup menjadi bahan iklan yang tersebar dengan meluas. Apa juga lagu menjadi senang dimuat turun daripada internet dan disimpan di gadget yang mudah untuk dibawa kemana-mana.

6. Televisyen - Banyak rangkaian TV sedang sakit. Orang ramai bertukar kepada penggunaan komputer untuk menonton televisyen dan movie, selain dari itu mereka dapat melakukan seribu satu kerja lain dengan benda yang sama.

7. Kertas/buku cek - Britain sedang merangka langkah melupuskan penggunaan cek bermula tahun 2018. Kos memproses cek sebenarnya menelan belanja berbillion-billion ringgit. Penggunaan kad plastik dan juga pembayaran secara on-line sedang giat menggantikan buku atau kertas cek.

8. Barangan kepunyaan peribadi - Sebagai contoh, album gambar masih dalam simpanan kita hanya kerana memang ia telah lama ada dalam simpanan kita. Semua gambar terbaru yang kita ada disimpan dalam memori komputer. Banyak juga yang kita download dalam software percuma daripada google, microsoft dan lain-lain. Kita boleh membukannya dimana saja pada bila-bila masa saja. Seiring dengan perkembangan dunia pengkomputeran, peralatan menyimpan maklumat juga telah bertukar, cakera liut sudah tidak lagi digunakan sama sekali.

9. Hak Peribadi atau Privacy - Ini antara benda yang semakin hilang daripada semua manusia. CCTV, satelit, GPS dan lain-lain sentiasa memerhati anda di mana saja anda berada. Penggunaan telefon bimbit memerlukan anda mendaftar. Membeli barangan dengan kad bayaran menyebabkan maklumat anda di salin dan di simpan. Membeli dengan talian on-line, juga menyebabkan maklumat anda di simpan. Tiada lagi privacy.

10. Hanya satu sahaja perkara yang akan tetap kekal dalam gengaman kita dan tiada sesiapa pun yang dapat merampasnya, ia adalah KENANGAN. Ya kenangan, segala kenangan tetap terpahat dalam memori. Ia adalah hak peribadi. Oleh itu, ciptakanlan kenangan-kenangan terindah di masa ini, agar ianya akan dikenang sepanjang zaman. Memori indah diciptakan bersama untuk dinikmati bersama dan untuk dikenang bersama.

F.A.S.T. Untuk sama2 kita Fikir2kan, Amalkan, Sampaikan dan Tokok tambah ilmu yang ada, agar kualiti kehidupan kita bertambah baik hari demi hari.