February 05, 2011

HOSNI MUBARAK : KEPIMPINAN MENGHAMPIRI SENJA


Dunia tertumpu kepada Mesir, Berjuta rakyat asing bertempiaran lari meninggalkan Bumi Anbiya' ini. Rupanya terdapat lebih 11,000 rakyat Malaysia yang sedang menuntut ilmu dalam pelbagai bidang pengajian di negara yang mempunyai peradaban dunia tertua ini. Teruskan membaca ;~)

Tunjuk perasaan yang bermula 25 Januari 2011 masih belum reda dan tidak nampak tanda-tanda akan reda hingga ke hari ini (5 Februari 2011). Pengumuman demi pengumuman, janji demi janji ditawarkan oleh Presiden yang telah berkuasa melebihi 30 tahun itu, namun semuanya ditolak mentah-mentah oleh penunjuk perasaan anti Mubarak.

Lauangan “Undur Hosni Mubarak, Undur Hosni Mubarak” itulah yang menjadi slogan kepada penunjuk perasaan di Datarah Tahrir dan seluruh bandar besar seperti Alexendaria, Mansoura, Dumiyat, Aswan dan sebagainya bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan dan seterusnya pergi meninggalkan Mesir dengan cara yang terhormat. Hosni Mubarak menjadi Presiden Mesir pada tahun 1981 selepas Anwar el-Sadat dibunuh semasa Mubarak menjadi Timbalan Presiden Mesir pada ketika itu.

Pada 1 Februari 2011, selepas seminggu protes besar-besaran yang dianjurkan, Mubarak mengumumkan bahawa pemerintahannya yang panjang dan peraturan yang berat sudahpun sampai di penghujungnya. Tambahnya, beliau tidak akan menyertai pilihanraya selepas musim luruh tetapi akan menjadi pemerhati kepada pertukaran kuasa yang akan dilakukan kelak. Beliau juga mengakui telah "penat" mengabdikan diri dalam memberikan perkhidmatannya kepada Mesir.

Walau bagaimanapun penyataan Mubarak itu ditolak mentah-mentah oleh penunjuk perasaan kerana dianggap tidak cukup dan mereka terus untuk melakukan demonstrasi bagi menggulingkan Mubarak. Mereka mempercayainya ini merupakan tipu helah Mubarak untuk terus berkuasa dan mengekalkan pengaruhnya dalam pemerintahan Mesir.

Demonstrasi yang telah diilhamkan oleh revolusi penggulingan pemerintahan jangka panjang Presiden Zine El-Abidine Ben Ali di Tunisia. Presiden Amerika, Barrack Obama juga menyatakan bahawa itu juga tidak cukup dan mengatakan bahawa peralihan kuasa secara teratur seharusnya memberikan makna, ianya mesti diadakan dengan aman dan haruslah bermula dari sekarang.

Hosni Mubarak yang telah lama disinonimkan sebagai Firaun Moden Mesir pernah suatu ketika dahulu pernah terselamat daripada enam siri cubaan membunuh presiden akibat daripada kemarahan awam. Pada 31 Januari yang lalu, pihak tentera telah membuat pengumuman bahawa mereka tidak akan menembak orang yang berada di demonstrasi aman dan pada 1 Februari pula, Barrack Obama menghantar mesej kepada Mubarak agar tidak terlibat dalam pilihanraya semula.


Penggal Pemerintahan Presiden Mubarak merupakan pemerintahan yang terpanjang daripada semua Presiden Mesir sejak penyingkiran raja Mesir pada tahun 1950-an. Malah ianya lebih lama daripada pemerintahan Gamal Abdel Nasser, seorang pelopor nasiolisme Arab dan lebih lama daripada pemerintahan Presiden Anwar el-Sadat, yang telah disembelih selepas membuat perdamaian dengan Israel.

Kemarahan rakyat akibat daripada tindakan Presiden Mubarak yang mempertahankan perdamaian bersama Israel dengan menutup pintu sempadan ke Gaza dan hubungan rapat dengan Amerika. Beliau juga bertindak zalim dengan memenjarakan pengkritik, mengharamkan parti pembangkang seperti Ikhwanul Muslimin dan mengadakan pilihanraya palsu serta menipui bagi mengekalkan kuasanya. Kemarahan rakyat juga tercetus akibat dariapda kehancuran ekonomi Negara yang parah. Pakar-pakar ekonomi pemperakuinya ianya disemarakkan lagi dengan harga makanan dan bahan bakar serta keperluan asas yang terlalu mahal dan membebankan rakyat.

Para penunjuk perasaan sebahagian besarnya dimobilisasikan melalui internet dan diberi suntikan semangat melalui peristiwa pengulingan kerajaan di Tunisia, di mana pemberontakan rakyat akibat kesengsaraan pemerintahan Zine El-Abidine Ben Ali selama 23 tahun. Para penunjuk perasaan di mesir (kebanyakkannya adalah golongan muda dan terpelajar) menyuarakan kekecewaan mereka yang mendalam terhadap kerajaan dan peristiwa di Tunisia telahpun mendorong mereka untuk memberontak akibat daripada pemerintahan yang korupsi, ketidakadilan sosial dan pengangguran yang tinggi.

Dalam bangun dari kematian Anwar el-Sadat, Mubarak meneruskan dasar hubungan dengan Israel dan menumpaskan militant Islam. Sokongan beliau terhadap Israel menyebabkan beliau mendapat sokongan daripada barat dan diberi lanjutan bantuan kewangan oleh Amerika Syarikat. Inilah yang merupakan 'talian hayat' Mubarak selama ini. Penindasan kepada pertubuhan Ikhwanul Muslimin (Gerakan Islam terbesar di Mesir yang di pusakai daripada As Syahid Al Hassan Al Bana) menyebabkan pertubuhan tersebut terpaksa bergerak secara ‘underground’.

Kezaliman pemerintahan yang dilabel oleh kebanyakan rakyat Mesir ala diktaktor yang diamalkan oleh Hosni Mubarak ini tidak ubah seperti pemerintahan Firaun suatu ketika dahulu. Pemerintahan beliau bukan sahaja kejam terhadap rakyat Negara itu yang mahukan kebebasan berusara dan keadilan sosial bahkan kekejaman Mubarak terhadap dunia Islam yang menutup sempadan Mesir-Gaza juga mendapat kritikan seluruh dunia. Semua ini dilakukan atas nama setiakawan kepada Amerika dan Rejim Zionis Yahudi.

Walaupun tunjuk perasaan Anti Hosni telah berlarutan lebih 12 hari, namun persoalan yang tidak terjawab ialah, siapakah pengikut Hosni Mubarak dan siapakah yang akan menggantikan Hosni Mubarak selepas pemecatan Kabinet beliau? Soalan itu menjadi tanda tanya kepada orang yang mengadakan perhimpunan tunjuk perasaan yang berlansung, “You will never get the answer you want.”

Lebih-lebih lagi bila Hosni Mubarak menyatakan kebimbangannya bila beliau berundur, Beliau bimbang kepimpinan Mesir akan diterajui oleh Ikhwanul Muslimin yang dilabel sebagai extremis Islam.

Adakah siri revolusi yang sedang berlansung di timur tengah menjadi tanda kebangkitan kepada Islam di Timur tengah dan Islam seluruh dunia seperti mana Zaman Renaissance yang berlaku di Eropah sekitar kurun ke-14 hingga kurun ke-17 selepas kejatuhan Islam semasa jatuhnya Kerajaan Khalifah Islam di muka bumi suatu ketika dahulu? Sama-samalah kita menghadapi zaman pencerahan Islam yang sedang berlaku dan bersedialah menghadapi segala kemungkinan yang ada.

dipetik dan diolah daripada beberapa blog tentang Mesir Kini.

F.A.S.T. ;~)

No comments: