March 27, 2011

TIDUR REHAT YANG SEMPURNA

Tidur merupakan rehat yang sempurna. Semua anggota akan rehat sewaktu kita tidur. Dengan tidur, tenaga kita dipulihkan, kesakitan badan dirawat dan minda dapat 'direhatkan' bagi memberikan kerehatan yang sempurna kepada tubuh badan. Tetapi mengapa dalam kebanyakan hal, ramai diantara kita yang merasa letih dan lesu apabila bangkit dari tidur ?. Teruskan membaca ;~)

Tidur yang sempurna adalah pada waktu malam. Sebab itu Allah swt menjadikan malam untuk kerehatan. Bagi mendapatkan kerehatan yang maksimum semasa tidur, pastikan sebelum anda tidur, lakukan persiapan diri yang sempurna. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian ialah : Berwudhuk, Solat sunat Taubat dan sunat Witir. Berhenti daripada terus memikirkan masalah kehidupan seharian. Lakukan muhasabah diri selama 10-15 minit. Niat dengan memaafkan semua orang, baca surah al-Mulk da surah al-Kahfi(10 ayat terakhir), Niat untuk bangun malam untuk solat sunat hajat dan tahajud, Niat untuk bangun pagi sebelum terbit fajar. Zikir (tasbih, tahmid, selawat), Membaca Basmalah 21x, surah '4 Qul' dan Ayatul Qursi lalu meniup pada tapak tangan dan disapu dari kepala hingga hujung kaki (kecuali kemaluan dan tapak kaki). Tidur menghadap arah kiblat dengan berbaring di atas rusuk kanan dan tapak tangan kanan di bawah pipi kanan.

Selain daripada di atas, Lakukanlah :

1) Usahakan masuk tidur pada waktu yang sama setiap harinya. Dengan tidur yang teratur dapat menguatkan tubuh, dan pada ketika bangun dari tidur badan merasa lebih baik.

2) Elakkan daripada makan atau minum dalam jumlah banyak sebelum tidur. Jika ingin makan, sebaiknya 2 jam sebelum tidur. Hindari makanan pedas juga berlemak. Perkara itu dapat mengganggu aktiviti tidur. Jangan terlalu banyak minum kerana terlalu banyak cairan mengakibatkan kita terbangun hanya untuk buang air kecil yang secara tidak langsung mnyebabkan tidur terganggu.

3) Hindari nikotin dan kafein pada malam hari. Itu semua dapat merangsang untuk terbangun dari tidur. Perokok sering mengalami gejala terjaga di malam hari, dan merokok di tempat tidur sangat berbahaya. Hindari kafein paling tidak 8 jam sebelum tidur. Badan kita tidak menyimpan kafein, namun perlu masa yang lama untuk menghilangkan rangsangan dan kesan dari kafein tersebut.

4) Latihan fizikal dan senaman secara teratur. Aktiviti fizikal yang teratur terutamanya aerobik dapat membantu tidur dengan cepat dan membuat tidur kita nyenyak. Jika ingin melakukan latihan fizikal, sebaiknya lakukan 3 jam sebelum tidur.

5) Ciptakan ruang yang nyaman dan kondusif untuk berehat di bilik tidur. Pastikan bili tidur tidak panas,tenang dan nyaman. Selaraskan tingkat pencahayaan, suhu dan kelembaban dengan pilihan yang sesuai. Gunakan kelambu, penutup mata, penutup telinga, selimut, kipas angin, pendingin hawa, alat pelembab udara, aroma terapi atau alat lainnya guna menciptakan suasana nyaman yang diinginkan.

6) Tidur lebih awal. Tidur siang mungkin dapat mengganti waktu tidur malam. Waktu tidur di siang hari juga terbatas paling tidak hanya setengah jam dan itu pun biasa dilakukan di tengah hari.

7) Gunakan tilam (alas tidur) dan bantal yang selesa. Pastikan tidak terlalu keras atau tidak terlalu lembut. Pilihlah dari kain kapas dan lembut.

8) Masuk tidur ketika sudah merasa letih. Jika masih tidak dapat tertidur antara 15-20 minit, bangun dan lakukan sesuatu dan kembali ke tempat tidur jika merasa letih.

9) Jangan memikirkan masalah atau stres, ia akan menghalang tidur anda. Jika ini terjadi, Istigfarlah kepada Allah swt. minum segelas air suam atau minum segelas susu suam atau makan sedikit coklah.

10) Telan ubat tidur hanya untuk pilihan terakhir. Inipun jangan dijadikan amalan.

Hakikatnya tiada siapapun tahu bilakah masa yang tepat dia tertidur, yang kita tahu ialah waktu kita masuk tidur. Semoga dibuai mimpi yang INDAH.

F.A.S.T. ;~)

No comments: