January 20, 2011

FAKTA TENTANG GG

Kelainan atau penyakit rongga mulut dan gigi merupakan salah satu dari 10 penyakit yang popular. Lebih 60% daripada penduduk Malaysia pernah mengalami gangguan pada gigi. Lihat saja klinik-klinik gigi disekitar anda, tak ubah seperti cendawan tumbuh dimusim hujan. Di Bandar Baru Bangi sahaja, terdapat tidak kurang daripada 10 klinik gigi.
Kajian mendapati pada tahun 1980, didapati bahwa hampir 90% pelajar sekolah mempunyai kelainan gigi atau rongga mulut. Hal ini menunjukkan bahwa kesihatan gigi dan rongga mulut perlu mendapatkan perhatian khusus. Malangnya di Malaysia, bilangan doktor pakar pengigian hanya seramai 117 orang sahaja yang berkhidmat di hospital-hospital kerajaan di seluruh negara.


Jaringan Rongga Mulut

Dalam rongga mulut, terdapat beberapa jaringan yang dibagi dalam 2 bahagian, yaitu :
• Jaringan Keras (rahang atas, rahang bawah, dan gigi).
• Jaringan Lembut (gusi, lidah, mukosa pipi, mukosa bibir, mukosa lidah, mukosa palatum, dan jaringan dasar lidah).

Fungsi Gigi

Secara histologis, jaringan gigi dan mulut berasal dari mesoderm dan ektoderm, yang memiliki 3 fungsi utama yaitu, pengunyahan (mastikasi), keindahan (estetika), dan bercakap (phonetic). Dalam mulut, gigi tertanam dalam tulang rahang dan dilindungi oleh gusi (gingiva), dengan bentuk yang berbeza-beza sesuai dengan fungsinya.

Gigi Seri (Incisivus)

Gigi ini terletaki pada bahagian hadapan sekali, ianya berfungsi untuk memotong makanan (mastikasi). Jumlahnya ada 8, dengan pembagian 4 berada di rahang atas dan 4 berada di rahang bawah. Gigi seri susu mulai tumbuh pada bayi usia 4 – 6 bulan, kemudian diganti dengan gigi seri kekal apabila mula berusia 5 – 6 tahun pada rahang bawah dan pada usia 7 – 8 tahun pada rahang atas.

Gigi Taring (Caninus)

Posisi gigi ini terletak pada sudut mulut, di sebelah gigi seri, dan merupakan gigi yang paling panjang dalam rongga mulut. Fungsinya adalah untuk mengoyakkan makanan. Jumlahnya ada 4, dengan pembagian 2 ditiap rahang, 1 di kiri dan 1 di kanan. Gigi susu taring ini diganti dengan gigi taring kekal pada umur 11 – 13 tahun.

Gigi Geraham Kecil (Premolar)

Gigi ini jumlahnya 8, dengan pembagian 4 ditiap rahang, 2 di kiri dan 2 di kanan. Gigi ini hanya ada pada gigi dewasa, dan letaknya berada di belakang gigi taring. Gigi ini mula tumbuh pada usia 10 – 11 tahun dan menggantikan posisi dari gigi molar susu. Bersama gigi molar, gigi ini berfungsi untuk melumatkan makanan, dan pada proses orthodontie, gigi ini sering dicabut “dikorbankan”.

Gigi Geraham (Molar)

Gigi molar susu berjumlah 8 seperti gigi premolar, selepas seseorang itu berumur 10 – 11 tahun ianya akan digantikan dengan gigi premolar. Selepas gigi molar kekal tumbuh di belakang gigi premolar. Jumlah dari gigi molar kekal adalah 12, dengan pembagian 6 di tiap rahang, 3 di tiap sisi kanan dan kiri. Gigi molar kekal inilah yang paling sering berlubang dan menyebabkan kesakitan atau terasa ngilu.

Proses Pertumbuhan Gigi

Proses pertumbuhan gigi mengandungi 2 fasa penting. Awal pertumbuhan gigi dinamakan gigi susu yang lengkap pada umur 3 tahun dengan jumlahnya 20 batang gigi. Selepas itu, gigi susu akan diganti dengan fasa ke dua iaitu pertumbuhan gigi kekal yang bermula pada usia 13 tahun keatas. Pertumbuhan gigi kekal ini menjadi lengkap setelah jumlah gigi yang tumbuh menjadi 32 batang gigi kesemuanya. Proses ini dikira lengkap apabila seseorang itu mencapai umur sekitar 17 – 21 tahun. Fasa diantara awal fasa gigi kekal hingga gigi kekal yang lengkap disebut fasa gigi campuran, yaitu antara umur 13 – 17 tahun.

Selepas lengkapnya pertumbuhan gigi (32 batang) maka gigi yang dicabut atau rosak selepas itu tidak akan tumbuh lagi. Namun...
Yang Patah kan tumbuh,
Yang Hilang kan Berganti,


Pergilah berjumpa dengan Dr GG, (ehmm,,, ehmmm Dr Nur Aina)

F.A.S.T. ;~)

No comments: