May 08, 2011

SELAMAT HARI IBU

IBU, Ibu Engkaulah Ratu HatiKu, Bila Ku berduka engkau ingatku selalu,,,
Tatap wajah ibu dikira sebagai kebajikan dan diberikan pahala; Teruskan membaca.

Setiap tahun pada hari Ahad minggu ke 2 dalam bulan Mei, Kita akan meraikan Insan teristemewa yang dipangil HARI IBU, Ibu,ada orang dipanggil Umi, ada orang panggil Mama, ada orang panggil Ma, ada orang panggil emak, ada orang panggil mamy, ada orang panggil mum, ada orang panggil bonda, Apapun namanya dipanggil DIA tetap satu, Yang melahir dan membesarkan:

Wahai anak sayangilah ibumu
Belailah dan dakaplah ibumu
Renunglah dan tataplah puas-puas wajah ibumu
Yang telah melahir dan membesarkanmu

Darah dagingmu dari air susunya
Jiwa ragamu dari kasih sayangnya
Kehidupanmu dari keringatnya
Kejayaanmu dari berkat doanya

Dialah manusia satu-satunya
Menyayangimu tanpa ada batasnya
Dunia akhirat tak putus kasihnya
Kasih ibu membawa kesyurga

Doa ibumu dikabulkan Tuhan
dan kutukannya jadi kenyataan
Kasih sayangnya jangan dipersiakan
Pengorbanannya tiada tandingan

Redza Ilahi kerana redzanya
Murka Ilahi kerana murkanya
Jangan sesekali kau menyakitinya
Sengsara hidupmu tak ada sudahnya

Bila kau patuh pada isterimu
Lebihkan sayang pada ibumu
Ingatlah akan kisah yang lalu
Kisah Alqamah jadi teladanmu

Bukannya matahari tempat kau meminta
Bukannya bulan tempat kau memuja
Bukannya dukun tempat kau menghiba
Bukannya jirat tempat kau mohon doa
Bukannya lautan tempat kau meneroka
Bukannya gua tempat kau betapa

Tataplah wajah tika adanya
Sebelum kembali ia untuk selamanya
Pergi menemui Tuhan yang Esa
Tiada keramat yang ampuh di dunia
Selain dari doa ibumu jua
Mohonlah belas kasih sayangnya

Al Fatihah untuk Almarhumah Ibuku (Asmah bte Lamsah)
Semoga Allah mencucuri Rahmat dan Rahimnya ke atas roh ibuku dan mengasihinya sebagaimana Ibuku telah mengasiku semenjak aku dari kecil lagi. Amin
F.A.S.T ;~)

No comments: