September 22, 2010

Memahami Kebiasaan atau Tabiat Kaum Perempuan

Dalam kehidupan sehari-hari, sama ada kita sedar atau tidak, sebenarnya terdapat beberapa kebiasaan golongan perempuan yang umumnya kurang difahami oleh golongan lelaki habits of women which most men do not understand , walaupun sebenarnya kebiasaan tersebut tanpa disengajakan, atau mungkin sebahagiannya disebabkan oleh dorongan yang berbeza antara lelaki dan perempuan.


Teruskan membaca untuk mengetahui beberapa kebiasaan golongan perempuan yang umumnya kurang difahami oleh sebagian besar golongan yang bernama lelaki. Kefahaman ini diharap agar terciptanya hubungan yang saling mengerti dan saling menghargai to create a mutual understanding relationship yang mendorong kepada hubungan percintaan yang harmonis dan mesra antara lelaki dan perempuan. Men are from Mars, Women are from Venus;~),

1. Akumulasi
Sebagian besar lelaki tidak mengerti mengapa umumnya perempuan memerlukan sesuatu jenis benda atau barang lebih daripada satu. Misalnya berbagai jenis baju atau kosmetik yang berbeza jenisnya yang diperlukan oleh wanita. Selalu lelaki sering bertanya-tanya mengapa perempuan ingin memiliki kasut atau baju yang lebih daripada satu.

2.Sahabat Karib
Lelaki juga memiliki sahabat baik, namun yang tidak dimengerti oleh kaum lelaki adalah mengapa umumnya perempuan suka menceritakan tentang apa saja kepada sahabat karibnya., termasuk berhubung dengan hal-hal yang sifatnya sangat peribadi. Walau bagaimanapun perempuan cenderung tidak mahu terbuka kepada pasangan hidupnya (lelaki).

3. Membebel atau berleter
Selalunya kaum lelaki tidak dapat memahami perempuan saat mereka sedang membebel tentang seseorang. Walaupun begitu perempuan boleh pada waktu yang lain bersembang selama berjam-jam dengan orang yang sama. Hal ini sangat membingungkan bagi kaum lelaki, karena pada waktu yang lain jika si perempuan membebel lagi tentang orang tersebut, si lelaki tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Adakah mereka tetap menganggap orang tersebut sebagai teman ataupun harus menjauhkan diri daripada orang itu.

4.Menangis
Kebanyakan lelaki tidak suka bila melihat perempuan menangis. Mereka sebenarnya bingung dan merasa bersalah, karena tidak mengetahui alasan kenapa perempuan harus menangis. Lelaki tidak tahu membezakan antara air mata kesedihan ( tears ) atau karena perkara yang lain, misalnya air mata yang keluar ketika merasa terlalu gembira. Selain itu, selalunya lelaki merasakan apa perlunya mengekpresikan perasaan mereka seperti perempuan dengan menangis.

5.Rasa Ingin Tahu Yang Besar
Kekadang orang lelaki hanya ingin berdiam diri dan tidak memikirkan apa-apa atau melakukan sesuatu tanpa alasan, hanya saja-saja. Namun keadaan ini menjadikan orang perempuan tertanya-tanya dan ingin tahu. Sering kali orang perempuan mengajukan pertanyaan yang cukup terasa dan mengganggu kepada lelaki pada masa mereka ingin bersendirian. Sehingga lelaki sering bertanya pada dirinya sendiri apakah segala sesuatu yang berlaku mesti disertakan dengan alasan.

6. Pertanyaan Yang Telah Diaturkan Jawapannya
Lelaki paling tidak suka jika perempuan bertanya apakah dirinya bertambah berat badannya atau tidak. Lelaki akan merasa bingung apakah mereka akan menjawab dengan jujur atau sebaliknya. Mereka takut jika dianggap berbohong atau kurang perhatian. Biasanya, lelaki akan bertindak berpura-pura sibuk atau cuba lari daripada berhadapan dengan keadaan yang seperti ini. Selalunya perempuan menginkan jawapan yang telah ditetapkan atau dijangkkan daripada lelaki.

7.Cinta
Bagi orang lelaki , mereka tidak perlu terlalu kerap mengucapkan kata-kata "Aku Cinta Padamu". Sehingga orang lelaki selalu bertanya mengapa pasangannya kerap kali bertanyakan soalan apakah lelaki masih mencintai pasangannya atau tidak. “You sayang I tak?. Menurut pola pemikiran orang lelaki pada umumnya, jika anda sudah mengetahui bahwa 1+1=2, mengapa harus ditanyakan lagi dan lagi akan saolan yang sama ?

8.Menu Makanan
Lelaki juga terkadang merasa bingung mengapa perempuan sangat cerewet memilih menu makanan untuk dipesan. Namun apabila orang lelaki memesan makanan tertentu yang tidak termasuk dalam pilihan perempuan, akhirnya si perempuan akan mengambil dan merasa beberapa sudu atau suap makanan tersebut dari piring si lelaki. Selalunya si perempuan akan memuji keenakan makanan tersebut berbanding dengan makanan yang dipesannya. Ini menimbulkan pertanyaan dalam fikiran si lelaki apakah orang perempuan benar-benar serius tidak menyukai makanan yang telah dipesannya atau sekadar bergurau ?

9.Berbelanja
Umumnya orang lelaki juga kurang menyukai semasa berbelanja shopping yang bagi orang perempuan, berbelanja itu merupakan salah satu jenis kegemarannya. Lebih-lebih lagi jika disertakan dengan tawaran jualan murah, jualan penghabisan stok dan sebagainya. Aktiviti begini biasanya dianggap sebagai kegiatan yang membuang masa dan tenaga bagi kebanyakan orang lelaki .

10. Cerewet
Kebiasaan orang perempuan yang sukar untuk dimengerti oleh lelaki adalah cerewet. Ini satu lagi tabiat yang boleh membinggungkan bagi kebanyakan lelaki. Selalunya orang lelaki akan merasa tidak tahan dan segera melarikan diri jika mendapati pasangannya yang cerewet.

Semoga menjadi panduan untuk kita lebih memahami.

F.A.S.T. ;~).

1 comment:

dear anies said...

dr. john gray: 1 of my fav motivators