April 30, 2011

PEPERIKSAAN DATANG LAGI

Entry kali ini ditujukan kepada Nur Aina Mardhiah, Ahmad Uzsair Umair serta semua anak2 Malaysia yang sedang belajar di Mesir dan dimana jua.Teruskan membaca ;~)

Demam peperiksaan menjangkiti semua pelajar. Ia turut dirasai oleh ibu bapa dan semua orang yang berkepentingan,tak kurang juga Agensi yang terlibat menghantar pelajar ke Mesir.

Mabuk demam peperiksaan ada baiknya untuk kalian. Ia akan mendorong ke arah kewaspadaan dan “kerja kuat” bagi menghadapi hari peperiksaan. Bersiap sedia. bersemangat, ghairah dan tekun. Biarlah demam peperiksaan menghangatkan semangat juang dan menguatkan azam untuk berjaya dengan cemerlang, MUMTAZ InsyaAllah.

Demam peperiksaan, tidak perlu diubati. Kecuali jika membawa kepada gejala sakit kepala, tekanan (stres) yang terlampau dan gelisah yang keterlaluan, sehingga menjejaskan diri. Ubatnya ialah tidur sekejap, menarik nafas panjang, berjalan-jalan bagi mendapatkan oksijen segar, minum air, mandi, membaca Al-Quran, bercakap dengan ibu bapa dan mengingati sesuatu yang indah, memori yang pernah dialami dan lain-lain.

Tingkatkan semangat Kendiri dan Motivasi dalaman. Katakanlah "InsyaAllah aku bersedia sepenuhnya untuk peperiksaan kali ini (walaupun ada sikit2 lagi yang masih belum diulangkaji dengan mantap, tapi aku sudahpun membaca dan mencubanya berulang kali sebelum ini, Cuma kekadang aku lupa, biasalah aku insan yang lemah). Aku datang dan berjuang dengan izin Allah. Aku tidak gentar, Sesungguhnya Allah bersama-samaku. Aku berhak untuk mencuba yang terbaik. Aku belajar dengan penuh insaf dan sedar bahawa tidak ada jalan mudah untuk berjaya . Aku tidak akan menyerah kalah, Aku pernah berjaya sebelum ini, kali inipun InsyaAllah aku akan mengulangi kejayaan yang sama, malahan lebih berjaya lagi berbanding dengan sebelum ini. Dengan usaha dan doa yang bersungguh-sungguh kali ini, aku yakin bahawa kejayaan adalah milikku, dengan bantuan dan kudrat Allah swt". Amin

Walau bagaimanapun, peperiksaan tetap juga peperiksaan. Bermakna anda perlu mengulangkaji apa yang pernah dipelajari dalam dewan kuliah. Apa yang utama pada musim peperiksaan ini adalah bagaimana anda menjaga kesihatan agar, apabila berada dalam dewan peperiksaan, anda berada dalam keadaan sihat, stabil dan bersedia 100% untuk menjawab soalan peperiksaan.

Utamakan kesihatan. Kalaupun anda belajar dan ulangkaji dengan sebaiknya tetapi kesiahtan tidak mengizinkan, alangkah ruginya. Lebih-lebih lagi jika anda perlu tangguhkan peperiksaan semata-mata kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Berikut disertakan beberapa tip (panduan) untuk anda yang bakal menduduki peperiksaan kali ini;

1. Banyakkan minum air.

Air masak (plain water) akan membersihkan darah dan membuang segala bahan kumohan yang tidak diperlukan oleh badan. Mungkin, ramai dikalangan kita mengambil kafein seperti neskefe atau kopi dan lain-lain sebagai perangsang untuk berjaga malam, namun awas, usah berlebihan. Jauhi juga ubat-ubatan tahan mengantuk apatah lagi bahan yang membahayakan kesihatan seperti rokok dan sebagainya. Ia tidak akan membantu anda pada waktu sebegini, lebih memudaratkan adalah!

2. Bersenam

Bersenam bukan sahaja menyihatkan, membetulkan pengaliran darah, malah mampu memberi kita ketenangan fikiran. Paling malaspun, boleh turun naik tangga atau berjalan laju. Kalau mampu berjogging, paling tidakpun berjalan-jalan melihat kehijauan pokok dan mengambil udara segar. Ini dapat membantu kita menenangkan fikiran dan menambahkan oksigen dalam darah. Ketenangan ini bukan sahaja memberi semangat baru kepada kita, malah mampu menyuntik idea yang bernas dan ketajaman pemikiran.

Semakin kita tenang, maka kita lebih mampu berfikir secara lebih ideal, mampu mencambah pemikiran yang praktikal, ideal dan bernas. Gabungjalin antara pelajaran di dewan kuliah, buku-buku rujukan, perbincangan, kelas tambahan dan nota-nota yang dibaca dapat digabung dan dihubung kaitkan dengan lebih baik.

Belajar di universiti bukan sahaja ilmunya diperolehi di dewan kuliah. Gabungan ilmu, pengalaman dan kreativiti akan memberi jatidiri dan wibawa kepada anda juga.

3. Makanan berzat

Makanan yang berzat dan berkhasiat sangat diperlukan oleh tubuh badan terutama di musim peperiksaan sebegini. Ingat ! Otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat. Ambil makanan yang banyak mengandungi protein, dan vitamin. Makanan yang banyak mengandungi vitamin B kompleks dan Vitamin C sangat membantu dalam meningkatkan memori dan ketenangan fikiran. Kurangkan mengambil makanan yang diproses, dijeruk atau banyak mengandungi bahan awit atau msg. Tambah lebih banyak sayur dan buah dalam menu harian. Lebihkan minum jus buah-buahan dan serentak itu boleh kurangkan minum minuman yang banyak mengandungi kafen.

4. Tenangkan diri, kawal stress

Stress akan mudah ‘menziarah kita’ terutama pada musim peperiksaan. Banyak kes hysteria, kemurungan dan ketidakstabilan diri berlaku akibat stress menjelang peperiksaan. Kebiasaannya pelajar yang tidak bersedia untuk menduduki peperiksaan akan berhadapan dengan stress melampau, tambahan pula sekiranya pelajar itu gagal mengawal stress berkenaan. Keadaan akan menjadi lebih buruk.


Belajar cara depani stress. Anda juga perlu bersedia lebih awal untuk musim peperiksaan. Membuat persediaan untuk peperiksaan pada minit terakhir atau melakukan ulangkaji pada saat akhir menyebabkan stress tidak terkawal. Elakkan perkara ini sekiranya anda tergolong dalam golongan yang tidak mampu tangani stress dengan baik. Ulangkajilah lebih awal berbanding orang lain selain belajar cara depani stress. Antara cara-cara menangani stres ialah : teknik pernafasan (ambil nafas dalam-dalam melalui hidung dengan kiraan lapan, tahan nafas dengan kiraan lapan dan hembuskan perlahan-lahan melalui mulut dengan kiraan lima), bercerita dan mendengar cerita dengan ahli keluarga, tidur yang cukup (6 – 8 jam), tidur seketika 10 minit sebelum zohor atau selepas zohor, mendengar muzik, membaca alquran, solat dan zikir, melihat pemandangan yang indah, mandi air suam, kawal makan (coklat dan susu dapat meningkatkan ketenangan dan kewaspadaan). Jika susah nak tidur, minum susu suam satu gelas atau makan sedikit coklat. Tingkatkan keyakinan diri (bisikan kendiri yang betul)

5. Doa dan Tawakal

Hak Allah (ketentuan Allah) menentukan hasil yang akan kita perolehi, Hak kita adalah membetulkan niat dan Ikhthiar. Jaga semua amalan agama seperti sembahyang lima waktu, sembahyang sunat taubat, sembahyang sunah hajat, baca quran, zikir dan beristighfar dan sebagainya. Berusahalah sebaiknya, disamping berdoa dan bertawakal. InsyaAllah lakukan yang terbaik yang kita boleh dan selebihnya serahkan kepada Allah swt. “KepadaMu Aku berserah Ya Allah, sesungguhnya aku tidak ada daya upaya, dan sesungguhnya kekuasaanMu sangat Hebat. KepadaMu aku meminta dan kepadaMu jua aku bertawakal.

Semoga entry kali ini dapat membantu anak-anak yang akan menhadapi peperiksaan akhir tahun. Ayahanda doakan semoga semua Anakanda beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam Rahmat dan Rahim Allah swt, MUMTAZ InsyaAllah.

F.A.S.T. ;~)

April 01, 2011

DEDAH RAHSIA JUTAWAN : JADILAH JUTAWAN MLT

Minda manusia dirangsang dengan perkataan yang boleh dirujukkan kepada gambar atau objek. Dalam kata lain, minda kita bekerja dengan merujuk kepada gambar. Itulah sebabnya apa-apa saja yang boleh digambarkan di fikiran dan kita yakini ianya boleh terjadi, InsyaAllah kita boleh capai. Teruskan membaca ;~)

Kebanyakan kita menggunakan antara 5% - 10% sahaja daripada keupayaan minda kita, selebihnya tidak pernah digunakan dan dibawa bersama memasuki liang lahat, RUGI !. Minda ini tidak akan digunakan di dunia sana.
Hukum Tarikan (Law of Attraction) menyatakan Minda kita menarik pemikiran yang sealiran dengannya. Bertepatan dengan Hadith Qudsi “ Aku (firman Allah) bertindak sebagaimana sangkaan hambaKu. Setiap daripada kita ingin berjaya, Tuhan yang menjadikan kita dan ingin memberikan kejayaan kepada kita semua. Sama ada secara sedar atau tidak sedar, kita sentiasa berdoa dan meminta kerana Allah bertindak sebagaimana sangkaan dan tindakan hamba-hambaNya.


Kejayaan bukan lagi Rahsia. Dengan mempelajari daripada mereka yang telah berjaya, ianya dapat mendedahkan kepada kita kenapa sesetengah manusia begitu berjaya dalam hidupnya, manakala sesetengah yang lain pula kelihatan begitu sukar dalam mencapai impian masing-masing.

Tahukah anda bahawa 1% daripada manusia (orang kaya) meraih 96% daripada kekayaan dunia? Kejayaan mereka bukanlah rahsia lagi. Kita juga (semua orang) boleh mencapainya dengan mengamalkan formula yang sama. Terbaru, Terhebat, Terbukti; Selain daripada itu, Faktor Peluang dan Keberuntungan juga memainkan peranan penting. Penuhilah pemikiran kita dengan kedua-dua faktor ini.
Minda kita adalah sesuatu yang amat canggih sehingga tidak ada komputer di dunia dapat berfungsi dan jauh sekali untuk menyamai atau menandingi sepertinya. Berikut beberapa petua bagaimana cara terbaik menggunakan kuasa minda untuk berjaya? . 5 Petua membangunkan minda jutawan.

Petua 1: Penuhkan fikiran anda dengan apa yang anda inginkan.
Fikirkan dan bayangkan dalam minda apa saja yang anda inginkan. Lagi jelas gambaran itu maka lagi mudahlah untuk anda mendapatkannya. Jangan kisah sama ada ianya logik atau tidak logik. Ingat ! Selalunya, pencapaian yang hebat bermula daripada idea yang nampak macam gila-gila sebelumnya. Pencapaian yang hebat bermula dengan idea yang hebat.

Petua 2: Sebutkan dengan jelas hingga telinga anda mendengarkannya.
Sebut dengan jelas dan kuat. Luahan perasaan secara verbal dengan jelas apa yang ada di minda. Ini adalah kerana, dengan menyebut, minda akan berfungsi dengan lebih sempurna. Ini yang dipanggil Teknik Affirmation. Teknik ini merupakan kata-kata yang membantu dalam membangunkan diri sendiri. Affirmation yang paling popular dan selalu digunakan adalah: In every day and every way I am getting better and better. (Setiap hari, dan setiap cara, saya menjadi insan yang semakin baik).

Petua 3: Bayangkan anda telah berjaya mendapat apa yang anda inginkan.
Dalam minda, anda perlu membayangkan masa hadapan di mana anda dapat melihat dengan jelas bahawa anda telah mencapai kejayaan tersebut. Ahli psykologi menyatakan bahawa hidup didunia ini ada dua, satu apa yang ada di dalam minda dan kedua apa yang terjadi nyata dalam kehidupan. Kedua-duanya perlu diseraskan. Lebih jelas anda menggambarkan bahawa anda berjaya mendapat apa yang anda ingini, maka, lebih hebat minda anda akan bekerja untuk mengejar impian tersebut. Bayangkan suasana, waktu, warna, cuaca, keadaan dan sebagainya dengan jelas.

Langkah 4: Masukkan emosi
Manusia adalah insan yang beremosi. Emosi yang baik digunakan untuk membakar semangat anda dalam mencapai apa sahaja keinginan. Dalam memikir dan membayangkan apa yang anda mahu, affirmation, dan juga membayangkan anda mencapainya, masukkan unsur-unsur emosi di dalam kesemuanya. Bayangkan anda gembira, keluarga anda gembira, rakan-rakan disekeliling anda gembira dan anda dapat membantu kejayaan ramai orang. Kaitkan dengan emosi yang menggembirakan dan menyeronokkan bila anda mencapai matlamat yang anda inginkan. (Mengembirakan bila berjaya dan menyedihkan bila gagal). Sekali lagi, jangan hadkan bayangan anda dengan pemikiran logik.

Langkah 5: Percaya dan yakin apa yang anda inginkan terjadi,dengan izin Allah. InsyaAllah.
Langkah terakhir adalah percaya dan yakin anda akan berjaya. Apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Apa saja yang anda bayangkan, perkatakan dan lakukan, Allah akan menganggap ia sebagai satu doa dan mengabulkan doa-doa itu sesuai dengan permintaan hamba-hambaNya, InsyaAllah. Semudah a,b,c.

F.A.S.T. ;-)

March 31, 2011

MAKANAN DAN KESIHATAN

Hidup untuk makan atau makan untuk hidup?. Ada orang makanan yang dimakan menambahkan kecergasan dan kesihatan tubuh badan tetapi ada juga yang sebaliknya ie menjadikan tubuh badan lemah dan merosak. Teruskan membaca ;~)

Ada orang makanan yang dimakan menambahkan pahala dan mempertingkatkan ibadahnya kepada Tuhan dan tak kurang juga ada orang, makanan yang dimakan menyebabkan dia jauh dari Tuhan dan diakhirat menjadi bahan bakar api neraka. Semuanya ini memerlukan iman, ilmu dan amal. Sebab itu makan perlu mematuhi adap dan tertibnya untuk menjadikan makan itu sebagai ibadah.

Berikut beberapa jenis makanan yang bagus dan khasiatnya kepada tubuh badan kita :

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik. Dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Limau Kulit Tebal
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Makan untuk HIDUP, semoga beroleh kehidupan yang bermakna untuk meneruskan hidup didunia sana. Hidup sesudah mati.

F.A.S.T. ;~)

March 29, 2011

HAPPY POSITIVE LIFE

We shall focus on our goal, persist in our belief, keep on our positive actions, love and lead by our examples. Continue reading ;~)
Yes, we can! Yes, we will! Yes, we definitely make it !

10 Tips for a Happy Positive

1. Take a morning walk of gratitude. It will create a fertile mind ready for success.

2. Transform adversity into success by deciding that change is not your enemy but your friend.

3. Make a difference to the lives of others.

4. Don't waste your precious energy on gossip, issues of the past, negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.

5. Live with the 3 E's. Energy, Enthusiasm, Empathy.

6. Remember there’s no substitute for hard work.

7. Instead of complaining, focus on solutions. It’s the key to innovation.

8. Read more books.

9. Smile and laugh more. They are natural anti-depressants.

10. Enjoy the ride. You only have one ride through life so make the most of it and enjoy it.

When someone tells you that you can't do something …
Don’t doubt yourself!

Instead, stretch yourself!

You've gotta stick your neck out, go for your best!

Use all your will power and positive attitude …

Never, Never, Never Give Up!

In the end, you will succeed and prove them wrong!

Nothing is impossible, if your heart is willing, and your attitude is positive.
Be The BEST

day by day we become happy; F.A.S.T. ;~)

March 27, 2011

TIDUR REHAT YANG SEMPURNA

Tidur merupakan rehat yang sempurna. Semua anggota akan rehat sewaktu kita tidur. Dengan tidur, tenaga kita dipulihkan, kesakitan badan dirawat dan minda dapat 'direhatkan' bagi memberikan kerehatan yang sempurna kepada tubuh badan. Tetapi mengapa dalam kebanyakan hal, ramai diantara kita yang merasa letih dan lesu apabila bangkit dari tidur ?. Teruskan membaca ;~)

Tidur yang sempurna adalah pada waktu malam. Sebab itu Allah swt menjadikan malam untuk kerehatan. Bagi mendapatkan kerehatan yang maksimum semasa tidur, pastikan sebelum anda tidur, lakukan persiapan diri yang sempurna. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian ialah : Berwudhuk, Solat sunat Taubat dan sunat Witir. Berhenti daripada terus memikirkan masalah kehidupan seharian. Lakukan muhasabah diri selama 10-15 minit. Niat dengan memaafkan semua orang, baca surah al-Mulk da surah al-Kahfi(10 ayat terakhir), Niat untuk bangun malam untuk solat sunat hajat dan tahajud, Niat untuk bangun pagi sebelum terbit fajar. Zikir (tasbih, tahmid, selawat), Membaca Basmalah 21x, surah '4 Qul' dan Ayatul Qursi lalu meniup pada tapak tangan dan disapu dari kepala hingga hujung kaki (kecuali kemaluan dan tapak kaki). Tidur menghadap arah kiblat dengan berbaring di atas rusuk kanan dan tapak tangan kanan di bawah pipi kanan.

Selain daripada di atas, Lakukanlah :

1) Usahakan masuk tidur pada waktu yang sama setiap harinya. Dengan tidur yang teratur dapat menguatkan tubuh, dan pada ketika bangun dari tidur badan merasa lebih baik.

2) Elakkan daripada makan atau minum dalam jumlah banyak sebelum tidur. Jika ingin makan, sebaiknya 2 jam sebelum tidur. Hindari makanan pedas juga berlemak. Perkara itu dapat mengganggu aktiviti tidur. Jangan terlalu banyak minum kerana terlalu banyak cairan mengakibatkan kita terbangun hanya untuk buang air kecil yang secara tidak langsung mnyebabkan tidur terganggu.

3) Hindari nikotin dan kafein pada malam hari. Itu semua dapat merangsang untuk terbangun dari tidur. Perokok sering mengalami gejala terjaga di malam hari, dan merokok di tempat tidur sangat berbahaya. Hindari kafein paling tidak 8 jam sebelum tidur. Badan kita tidak menyimpan kafein, namun perlu masa yang lama untuk menghilangkan rangsangan dan kesan dari kafein tersebut.

4) Latihan fizikal dan senaman secara teratur. Aktiviti fizikal yang teratur terutamanya aerobik dapat membantu tidur dengan cepat dan membuat tidur kita nyenyak. Jika ingin melakukan latihan fizikal, sebaiknya lakukan 3 jam sebelum tidur.

5) Ciptakan ruang yang nyaman dan kondusif untuk berehat di bilik tidur. Pastikan bili tidur tidak panas,tenang dan nyaman. Selaraskan tingkat pencahayaan, suhu dan kelembaban dengan pilihan yang sesuai. Gunakan kelambu, penutup mata, penutup telinga, selimut, kipas angin, pendingin hawa, alat pelembab udara, aroma terapi atau alat lainnya guna menciptakan suasana nyaman yang diinginkan.

6) Tidur lebih awal. Tidur siang mungkin dapat mengganti waktu tidur malam. Waktu tidur di siang hari juga terbatas paling tidak hanya setengah jam dan itu pun biasa dilakukan di tengah hari.

7) Gunakan tilam (alas tidur) dan bantal yang selesa. Pastikan tidak terlalu keras atau tidak terlalu lembut. Pilihlah dari kain kapas dan lembut.

8) Masuk tidur ketika sudah merasa letih. Jika masih tidak dapat tertidur antara 15-20 minit, bangun dan lakukan sesuatu dan kembali ke tempat tidur jika merasa letih.

9) Jangan memikirkan masalah atau stres, ia akan menghalang tidur anda. Jika ini terjadi, Istigfarlah kepada Allah swt. minum segelas air suam atau minum segelas susu suam atau makan sedikit coklah.

10) Telan ubat tidur hanya untuk pilihan terakhir. Inipun jangan dijadikan amalan.

Hakikatnya tiada siapapun tahu bilakah masa yang tepat dia tertidur, yang kita tahu ialah waktu kita masuk tidur. Semoga dibuai mimpi yang INDAH.

F.A.S.T. ;~)