Ada orang makanan yang dimakan menambahkan pahala dan mempertingkatkan ibadahnya kepada Tuhan dan tak kurang juga ada orang, makanan yang dimakan menyebabkan dia jauh dari Tuhan dan diakhirat menjadi bahan bakar api neraka. Semuanya ini memerlukan iman, ilmu dan amal. Sebab itu makan perlu mematuhi adap dan tertibnya untuk menjadikan makan itu sebagai ibadah.
Berikut beberapa jenis makanan yang bagus dan khasiatnya kepada tubuh badan kita :
Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik. Dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya.

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak
Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
Limau Kulit Tebal
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda,

Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya.

Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan.

Makan untuk HIDUP, semoga beroleh kehidupan yang bermakna untuk meneruskan hidup didunia sana. Hidup sesudah mati.
F.A.S.T. ;~)
1 comment:
insyaallah...sye akan amalkan pemakanan seperti ini....terima...
Post a Comment