
Dunia tertumpu kepada Mesir, Berjuta rakyat asing bertempiaran lari meninggalkan Bumi Anbiya' ini. Rupanya terdapat lebih 11,000 rakyat Malaysia yang sedang menuntut ilmu dalam pelbagai bidang pengajian di negara yang mempunyai peradaban dunia tertua ini. Teruskan membaca ;~)

Lauangan “Undur Hosni Mubarak, Undur Hosni Mubarak” itulah yang menjadi slogan kepada penunjuk perasaan di Datarah Tahrir dan seluruh bandar besar seperti Alexendaria, Mansoura, Dumiyat, Aswan dan sebagainya bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan dan seterusnya pergi meninggalkan Mesir dengan cara yang terhormat. Hosni Mubarak menjadi Presiden Mesir pada tahun 1981 selepas Anwar el-Sadat dibunuh semasa Mubarak menjadi Timbalan Presiden Mesir pada ketika itu.





Penggal Pemerintahan Presiden Mubarak merupakan pemerintahan yang terpanjang daripada semua Presiden Mesir sejak penyingkiran raja Mesir pada tahun 1950-an. Malah ianya lebih lama daripada pemerintahan Gamal Abdel Nasser, seorang pelopor nasiolisme Arab dan lebih lama daripada pemerintahan Presiden Anwar el-Sadat, yang telah disembelih selepas membuat perdamaian dengan Israel.
Kemarahan rakyat akibat daripada tindakan Presiden Mubarak yang mempertahankan perdamaian bersama Israel dengan menutup pintu sempadan ke Gaza dan hubungan rapat dengan Amerika. Beliau juga bertindak zalim dengan memenjarakan pengkritik, mengharamkan parti pembangkang seperti Ikhwanul Muslimin dan mengadakan pilihanraya palsu serta menipui bagi mengekalkan kuasanya. Kemarahan rakyat juga tercetus akibat dariapda kehancuran ekonomi Negara yang parah. Pakar-pakar ekonomi pemperakuinya ianya disemarakkan lagi dengan harga makanan dan bahan bakar serta keperluan asas yang terlalu mahal dan membebankan rakyat.
Para penunjuk perasaan sebahagian besarnya dimobilisasikan melalui internet dan diberi suntikan semangat melalui peristiwa pengulingan kerajaan di Tunisia, di mana pemberontakan rakyat akibat kesengsaraan pemerintahan Zine El-Abidine Ben Ali selama 23 tahun. Para penunjuk perasaan di mesir (kebanyakkannya adalah golongan muda dan terpelajar) menyuarakan kekecewaan mereka yang mendalam terhadap kerajaan dan peristiwa di Tunisia telahpun mendorong mereka untuk memberontak akibat daripada pemerintahan yang korupsi, ketidakadilan sosial dan pengangguran yang tinggi.
Dalam bangun dari kematian Anwar el-Sadat, Mubarak meneruskan dasar hubungan dengan Israel dan menumpaskan militant Islam. Sokongan beliau terhadap Israel menyebabkan beliau mendapat sokongan daripada barat dan diberi lanjutan bantuan kewangan oleh Amerika Syarikat. Inilah yang merupakan 'talian hayat' Mubarak selama ini. Penindasan kepada pertubuhan Ikhwanul Muslimin (Gerakan Islam terbesar di Mesir yang di pusakai daripada As Syahid Al Hassan Al Bana) menyebabkan pertubuhan tersebut terpaksa bergerak secara ‘underground’.
Kezaliman pemerintahan yang dilabel oleh kebanyakan rakyat Mesir ala diktaktor yang diamalkan oleh Hosni Mubarak ini tidak ubah seperti pemerintahan Firaun suatu ketika dahulu. Pemerintahan beliau bukan sahaja kejam terhadap rakyat Negara itu yang mahukan kebebasan berusara dan keadilan sosial bahkan kekejaman Mubarak terhadap dunia Islam yang menutup sempadan Mesir-Gaza juga mendapat kritikan seluruh dunia. Semua ini dilakukan atas nama setiakawan kepada Amerika dan Rejim Zionis Yahudi.


Adakah siri revolusi yang sedang berlansung di timur tengah menjadi tanda kebangkitan kepada Islam di Timur tengah dan Islam seluruh dunia seperti mana Zaman Renaissance yang berlaku di Eropah sekitar kurun ke-14 hingga kurun ke-17 selepas kejatuhan Islam semasa jatuhnya Kerajaan Khalifah Islam di muka bumi suatu ketika dahulu? Sama-samalah kita menghadapi zaman pencerahan Islam yang sedang berlaku dan bersedialah menghadapi segala kemungkinan yang ada.
dipetik dan diolah daripada beberapa blog tentang Mesir Kini.
F.A.S.T. ;~)
No comments:
Post a Comment