
Makanan membantu kita melawan stres dengan berbagai cara. Beberapa jenis makanan boleh mendorong tingkatkan serotonin, zat dalam otak yang membantu menenangkannya. Makanan bernurtrisi boleh mengalihkan kesan stres dengan meningkatkan sistem imun tubuh dan mengurangi tekanan darah. Berikut di antaranya:
1. Karbohidrat Kompleks. Karbohidrat memberi isyarat kepada otak untuk mengeluarkan serotonin. Supaya tidak kekurangan zat ini, ambillah makanan dengan karbohidrat kompleks yang dicerna perlahan. Pilihan tepat untuk mengambil makanan yang kaya dengan whole-grain, seperti sereal, roti, pasta, serta oatmeal. Karbohidrat kompleks boleh membantu tubuh untuk menyeimbangkan tahap gula dalam darah.
2. Sushi. Rumpai laut yang sering menjadi bahan campuran dalam makanan orang Jepun ternyata mempunyai asid Pantothenic yang penting bagi kelenjar adrenal bagi mengurangkan stres.

4. Susu dan Yogurt. Ternyata, antioksidan dan kalsium pada susu mengurangkan kekejang pada otot dan membantu mengurangi ketegangan serta menstabilkan perubahan mood. Disarankan untuk mengambil hanya susu rendah lemak atau susu skim.
5. Daging Ayam Turki. Daging ayam turki mengandungi asid amino yang disebut L-tryptophan. Asid amino ini merangsang pelepasan serotonin, bahan kimia dalam otak untuk mood baik dan menenangkan.
6. Lemak Ikan. Omega-3 yang dijumpai pada ikan tuna dan salmon boleh mencegah hormon stres dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Makanlah sekitar 3 auns lemak ikan dua kali seminggu.
7. Teh Hitam. Teh hitam boleh membantu anda pulih dari tekanan stres dengan lebih cepat. Suatu kajian membandingkan antara peminum teh dan kopi di mana orang yang minum 4 cawan teh setiap hari selama 6 minggu menunjukkan mereka merasa lebih tenang, serta tahap kortisol yang rendah. Manakala peminum kopi, cenderung memiliki tahap kortisol tinggi. Namun, sekiranya anda tidak menggemari teh hitam, maka teh chamomile adalah minuman alternatif bagi mengurangkan stres.
8. Pistachio. Kacang pistachio boleh mengurangkan kesan stres. Adrenalin meningkatkan tekanan darah dan membuat jantung berdebar (bergerak pantas)kerana stres. Makan segenggam pistachio sehari boleh menurunkan tekanan darah.

10. Almond. Kacang almond sangat kaya dengan vitamin E untuk mendorong sistem imun badan, dan rangkaian vitamin B, untuk membantu tubuh melawan stres. Ambillah sekitar seperempat cawan setiap hari.
11. Biji Bunga Matahari atau Kuaci. Ini merupakan sumber folat yang baik, yang membantu tubuh anda menghasilkan rangsangan di otak yang mendatangkan rasa tenang atau dalam zat kimia disebut dopamin.
12. Limau (lemon). Seperti diketahui, buah ini sangat kaya akan vitamin C, antioksidan yang sempurna. Menurut kajian, vitamin C boleh mengurangi tahap hormon stres sambil menguatkan imun badan. Jika anda menghadapi tekanan/stres, cubalah mengambil makanan yang kaya vitamin C (minum jus limau atau jus buah-buahan.
13. Pisang dan Avocado. Kandungan potassium yang tinggi terdapat pada pisang dan avocado, membantu menurunkan tekanan darah dan mampu mengurangi ketegangan.
14. Blueberries dan pelbagai jenis berries. Antioksidannya mampu menutralkan kesan radikal bebas dan melindungi tubuh dari stres.
15. Aprikot Kering. Kaya dengan magnesium, pembasmi stres dengan menyihatkan urat saraf dan merehatkan otot.
16. Nenas. Antioksidan yang terdapat di dalam nenas lebih kuat membantu anda melawan radikal bebas yang membuatkan memori anda agar tetap segar, kuat dan mantap.

18. Bayam. Magnesium yang kaya terdapat dalam bayam membantu mengawal kortisol dan cenderung berfungsi ketika sedang berada di bawah tekanan. Terlalu sedikit magnesium dalam tubuh boleh mengakibatkan pening dan kelesuan, yang merupakan kesan stres. Satu mangkuk sup bayam dapat mengisi keperluan magnesium dalam tubuh.
19. Brokoli. Asid Folic dalam brokoli ini berfungsi meredakan stres, rasa panik, gelisah, bahkan depresi yang berat.
20. Keledek. Keledek dapat mengurangi stres kerana memenuhi keinginan anda terhadap karbohidrat dan gula ketika anda stres. Keledek mengandungi banyak betakaroten, pelbagai vitamin, dan serat yang membantu tubuh untuk memproses karbohidrat dengan cara yang lambat.

Jangan terlalu serious, nanti stres...
F.A.S.T ;~)
No comments:
Post a Comment