August 23, 2010

Bahaya Merokok

Mengapa masih menghisap rokok setelah bahaya demi bahaya diberitahu, setelah gambar demi gambar dipaparkan dikotak-kotak rokok mengenai kesan buruk akibat merokok?. Teruskan membaca ;~)

Rokok mengandungi lebih dari empat ribu toksid atau racun dan dua ribu diantaranya telah dinyatakan boleh memberikan kesan sangat tidak baik kepada kesihatan manusia. Kajian klinikal menemui diantaranya adalah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “bilik gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, serta masih banyak lagi. Dan kandungan pada rokok yang paling berbahaya adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. Tar mengandung kurang lebih empat puluh tiga bahan yang menjadi penyebab penyakit kanser atau yang disebut dengan karsinogen. Nikotin mempunyai kandungan dalam rokok yang dapat menyebabkan ketagihan, ini yang menyebabkan para perokok sangat susah untuk berhenti merokok. Nikotin merupakan kandungan pada rokok yang beresiko menyebabkan penyakit jantung, 25 peratus daripada pengidap penyakit jantung disebabkan oleh kegiatan merokok.

Berikut adalah antara bahaya rokok terhadap kesihatan manusia. Ini termasuklah,rokok dapat menyebabkan Kanser pundi kencing, Kanser perut, Kanser usus dan rahim , Kanser mulut, Kanser Esofagus, Kanser tekak, Kanser pankrias, Kanser payudara, Kanser paru-paru, Masalah Penyakit saluran pernafasan kronik, Strok, pereputan tulang atau yang dikenal dengan osteoporosis, Penyakit jantung, Kemandulan, Putus haid awal, Melahirkan bayi yang cacat, Keguguran bayi pra matang, Bronkitis, Batuk, Penyakit ulser peptik, Emfisima, Otot lemah, Penyakit gusi,Kerosakan mata dan banyak lagi.

Yang tersebut diatas adalah bahaya rokok bagi perokok aktif, apa itu perokok aktif ? perokok aktif adalah orang yang merokok secara langsung menghisap rokok. Manakala perokok pasif adalah orang yang tidak secara langsung menghisap rokok, tetapi menghisap asap rokok yang dikeluarkan dari mulut orang yang merokok.


Bahaya yang akan ditanggung oleh perokok pasif (Tak pasal-pasal dapat bala bila berkawan atau duduk bersama perokok). Ini disebabkankKandungan yang terdapat dalam asap rokok yang dikeluarkan adalah : 2 kali lebih banyak nikotin, 5 kali lebih banyak karbon monoksida, 3 kali lebih banyak tar, 50 kali lebih zat kimia yang berbahaya bagi kesehatan.

Bahaya asap rokok terhadap ibu mengandung dan janin yang dikandungnya ialah Keguguran janin, Tumbesaran janin terencat - 30% lebih tinggi, Kematian janin dalam kandungan, Pendarahan dari uri (abruption placenta), Berat badan berkurang - 20 hingga 30% ,

Bahaya asap rokok terhadap bayi ialah Masalah dan penyakit pernafasan, Mengganggu terhadap perkembangan kecerdasan, Jangkitan telinga, Leukeamia, Kanser otak 22%, Cepat lelah, Sindrom kematian secara mengejut.

Dengan fakta yang ada, jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai titik tolak untuk berhenti merokok. Katakan tidak kepada Rokok.Seperkara lagi yang perlu diberikan perhatian, Biasanya yang makan asap ni adalah makhluk sejenis jin, maka itu mereka yang menghisap asap juga boleh dikatakan bersahabat dengan jin. Haaa masih nak berkawan dengan jin ka?.

;~) F.A.S.T.

Panduan Membeli Buah Durian

Membeli durian tidak semudah membeli kurma. Sebagai panduan bersama, mari kita berkongsi mengenai tips cara-cara untuk memilih atau membeli buah durian yang baik. Teruskan membaca ;~)

Berikut ini beberapa tips yang saya dapat hasil pembacaan dan bertanya kepada orang tua-tua yang berpengalaman.

1. Tengok luaran atau kulit durian

Pastikan anda belek-belek dan perhati betul-betul kulit durian sebelum beli. Jangan pilih kulit yang ada kesan gigitan tupai atau binatan lain. Jangan pilih buah yang kulitnya ada tompokan hitam (sebab itu tanda ia dah busuk). Jangan pilih durian yang dah merekah atau terbelah sebab itu durian yang dah lama gugur. Dan jangan pilih buah durian yang kulitnya ada kecacatan atau mempunyai bentuk yang kemek tak sempurna.

Berhati-hati, kadang-kadang ada penjual yang cover tompokan hitam yang busuk dengan daun-daun. Walaupun orang kata, `Don't judge a book by its cover'. Tapi dalam hal memilih buah durian, pilihlah buah yang cantik luaran atau kulitnya. InsyaAllah kalau cantik kulit, maka isi nya berkemungkinan besar akan cantik juga.

2. Tengok duri buah durian

Kalau nak beli durian yang sedap, cari buah yang berduri tumpul dan jarang. Duri sebenarnya melambangkan bagaimana isi buahnya. Kalau orang berpengalaman, dia siap boleh tahu berapa kandungan isi buah durian, dengan hanya melihat durinya sahaja. Macam iklan DIGI tu..

3. Cuba rasa berat buah durian

Cuba angkat buah yang ingin dibeli, kalau ianya dirasakan terlalu ringan dibandingkan dengan saiznya, mungkin itu durian yang dah lama dan nak kecut. Cari durian yang mampat dan dirasakan beratnya sepadan dengan saiznya.

4. Cuba cium bau buah durian

Cuba anda cium buah durian tu. Cium bau dia. Adakah baunya harum, menyengat atau kurang baunya? Selalunya kalau durian yang cukup matang dan sedap, baunya pasti harum semerbak dan rasa begitu menyelerakan. Sedangkan yang kurang baunya tu, mungkin durian tu tak cukup masak atau baru nak masak. Dan kalau yang bau menyengat atau yang bau ala-ala tempoyak tu, maknanya durian tu durian yang dah busuk laa. So jangan la dibeli durian yang ada bau yang tidak menyelerakan. Dan lagi satu, berhati-hati lah semasa mencium durian. Nanti tak pasal-pasal coreng hidung anda sebab terluka kena duri durian. huhu

5. Tengok tangkai buah durian

Cuba perhatikan tangkai buah durian yang anda ingin beli. Kalau tangkai tu kecut semacam jer tu, mungkin buah tu buah yang lama. Kalau boleh, cebis sikit tangkai tu dengan kuku, cuba lihat kalau ianya berlendir dan berwarna hijau, maka durian tu adalah durian yang fresh dan baru gugur beberapa jam yang lalu. Kalau tangkai tu berwarna coklat, kecut dan kering semacam jer, maka itu berkemungkinan besar adalah buah yang dah lama gugur, mungkin dah gugur 3 empat hari.

Ada juga buah durian yang tangkainya jenis liat dan teguh. Biasanya buah durian yang bertangkai tahan lasak dan liat ini, isi buahnya memang lebih sedap dan manis daripada biasa.

6. Akhir sekali cara termudah, Kupas dan rasa isi buah sebelum beli

Cara ini paling senang, paling selamat dan paling pasti. Ini adalah jalan penyelesaian paling baik daripada terbeli durian yang dah busuk atau durian muda. Suruh saja tokey belahkan durian yang ingin dibeli, ambil seulas dan cuba makan di situ sebelum beli. Kalau puas hati, beli lah. Kalau tak OK, komplen la pada tokey kata durian tu tak bagus, busuk atau apa saja. Yang penting, pastikan anda puas hati dulu baru beli.

Tak pun, anda suruh tokey belah sikit buah durian yang ingin dibeli. Bila dah belah, cebis sikit isi durian dan rasai lah sendiri sedap ker tak sedap. Kalau sedap, beli lah. Kalau tak, cari buah lain.

Tapi awas. Ada juga tokey yang kedekut dan berkira. Dia hanya akan belah setelah kita bayar dulu duit. Pastu dia belah. Tapi tak apalah, kalau dia suruh bayar dulu, bayar sajalah. Pastu suruh dia belah depan mata kita, kemudian rasa la seulas dua buah yang dibelah tu. Kalau OK, bolehlah bungkus bawak balik rumah. Kalau tak OK, komplen la pada tokey dan minta gantikan yang lain.
Jangan tertipu dengan tokey. Lagipun isi di dalam, sapa yang tahu. Only God knows.

Apa2pun, yang penting, pastikan diri kita puas hati dulu, baru beli. Kalau tak, sia-sia saja kita bayar mahal-mahal. Tapi bila bawa balik rumah, rupanya durian yang dibeli tu dah busuk, berulat dan tak boleh dimakan. Haaa kalau dah terkena macam tu, baru nak menyesal dan menyumpah seranah tokey buah tu pun apa guna.

;~) F.A.S.T.

Sumber : Email Yahoo Group

August 20, 2010

DOA YANG SANGAT BAGUS DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Zaman yang sangat banyak kebejatan yang tak sudah. Zaman yang Nabi Muhamad saw. sangat risau dan bimbang akan keadaan umatnya. Zaman yang mana islam umpama warna pada tekatan kain (yang dah lusuh) antara nampak dengan tidak. Sukarnya nak beza,,,mungkin ini zaman kehancuran,,,Mohonlah perlindungan untuk diri dan keluarga daripada Allah akan segala kemaksiatan dan kehancuran. Teruskan membaca ;~)

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah atau susah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini akan Terhindar Daripada Bahaya, InsyaAllah.

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan.

Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

;~) F.A.S.T.

August 16, 2010

Khutbah Rasulullah saw. Menjelang Ramadhan:

Berikut adalah khutbah Rasulullah saw. menjelang ramadhan semoga menjadi motivasi kita dalam menjalani Ramadhan Al Mubaraq, seperti hadist nabi saw. 'Barangsiapa yang senang menyambut datangnya ramadhan maka diharamkan tubuhnya dari api neraka. Teruskan Membaca ;~)

Hadith Nabi Muhamad saw. berhubung dengan kedatangannya Ramahdan Al Mubaraq, “Wahai manusia, sungguh telah datang pada kalian bulan Allah swt. dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yg paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah swt. dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah swt. Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah swt. membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.

Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah swt. di bulan yang agung ini. Renungkanlah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah swt. dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba- Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.

Ketahuilah, Allah Ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengadzab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbal-alamin.

Wahai manusia, barangsiapa di antaramu memberi makanan untuk berbuka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

(Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.” Rasulullah meneruskan khutbahnya, “Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan seteguk air.”)

Wahai manusia, siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini, ia akan berhasil melewati Sirathul Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan- Nya di hari kiamat. Barangsiapa menahan keburukan amalannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah swt. akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahim) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah swt. akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah swt. akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardu di bulan-bulan yang lain.

Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah swt. akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.”

Semoga kita ambil pengajaran daripadanya. Ameenn,,

;~) F.A.S.T.

Sifat Terpuji Menjadi Insan Kamil

Tiga (3) Tiga sifat terpuji dalam rangking teratas yang di tuntut oleh Islam untuk kita mengusahakan dalam diri. Ikhlas, Redha dan Sabar. Teruskan membaca :~)

Tak ramai insan yang bernama manusia mempunyai tiga sifat ini serentak. Sifat
yang perlu ada (wajib diusahakan supaya ada) pada diri untuk terus kuat dan
berjaya dalam mengharungi liku-liku hidup di dunia yang sementara ini bagi
menuju kehidupan yang kekal abadi di alam akhirat.

1. Ikhlas
Satu sifat yang sukar untuk kita tahu akan kehadirannya. Datangnya tanpa mengetuk pintu. Ikhlas perlu di didik dan dicari pada diri. Ia adalah rahsia di sebalik rahsia Allah swt, nikmatNya yang di berikan kepada insan yang tertentu. Kata ulamak, iklas seumpama seekor semut yang hitam, berjalan di atas batu yang hitam di malam yang gelap gelita. Kita dikehendaki mentaati semua perintah Allah swt. dengan sabar dan tenang, disamping memohon akan keikhlasan daripada Allah swt. Beramallah dengan istiqamah semata-mata kerana Allah, mudah-mudahan akhirnya Allah akan letakkan sifat ikhlas dalam hati kita.

Cubalah kita renung-renungkan seketika. Apakah reaksi kita saat kita di puji oleh orang?. kembang bontot, riak atau biasa-biasa saja, macam tak ada apa-apa. Untuk menentukan sama ada seseorang itu ikhlas adalah bila dia di puji tidak timbul rasa riak tersebut di hati. Saidina Ali pernah berkata, “Mereka yang suka menunjuk-nunjuk (riya’) mempunyai tiga tanda: Apabila dia bersendirian malas beribadah, apabila bersama-sama orang ramai dia menjadi rajin beribadah. Apabila dicaci, amal ibadahnya dikurangkan. Sebaliknya apabila dipuji, dia menambahkan amalannya.” Cuba semak diri kita, ada tak dalam hati kita perangai seperti itu ?. Kita saja yang tahu.Kalau ada, cepat-cepatlah istighfar.

2. Redha.
Apakah yang di maksudkan dengan redha?. Apabila dia di timpa sesuatu musibah
dia berlapang dada, manakala apabila diberikan anugerah atau nikmat, dia mensyukuri nikmat Allah swt. itu. Pendek kata, dia menerima semua ketentuan Allah swt. dengan tenang dan sabar. Firman Allah swt, “Alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan RasulNya berikan kepada mereka sambil mereka berkata, “Cukuplah Allah bagi kami, Ia dan RasulNya akan berikan kepada kami kurnianya. Sesungguhnya pada Allah kamu menuju.” Redha adalah kemuncak tanda kasih insan kepada Allah swt, Tuhan Yang Maha Esa.

3. Sabar.
Apa pula yang dinamakan sifat sabar. Sifat sabar sedikit berbeza dari sifat redha. Sifat mahmudah yang ini berupa sifat yang menguji diri. Seseorang yang memiliki sifat sabar berupaya menahan diri apabila ditimpa ujian. Berupaya menahan diri dari hawa nafsu, rasa marah dan rasa buruk sangka sesama insan. Bukan sahaja ketika di timpa ujian kita sabar, tetapi dalam menunaikan ibadah kepada Allah juga kita diminta bersabar. “ Alahai , Minah tak masak, wak sabar, minah marah-marah, wak sabar, minah merajuk, wak sabarrr minah lari, wak kejar”.

“Mintalah bantuan kepada Allah dengan sabar dan solat”. Sesungguhnya sabar itu sangat berat melainkan kepada orang yang khusyuk. Apabila kita mampu bersabar, banyak masalah dalam hubungan sesama manusia dapat dielakkan.

Seseorang manusia apabila ditimpa sesuatu musibah sama ada besar atau kecil lalu dia bersabar dan ingat kepada Allah serta yakin bahawa apa yang berlaku telah ditetapkan Allah kepadanya, dan mempunyai hikmah disebaliknya maka dia akan menjadi tenang. Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Subhanallah.

Hidup ini adalah ujian. Ujian yang datang itu pastinya berbeza-beza kepada setiap orang. Senang itu satu ujian, susah juga ujian. Kaya itu ujian, miskin juga ujian. sibuk itu ujian, lapang juga ujian. Memang dunia ini merupakan pentas ujian. Berdoalah dan mohonlah kepada Allah supaya kita lulus dengan ujian-ujianNya. Hendaknya kita haruslah sentiasa bersabar, redha dan ikhlas dalam menghadapi setiap ujian daripada Allah swt.

;~) F.A.S.T.