January 20, 2011

PERKAITAN ANTARA GIGI DENGAN NYANYUK

Cuba anda ingatkan sesuatu,,, kunci kereta diletakkan dimana?, sudah solat zohor atau belum, Adakah anda tergolong dalam kategori mereka yang "mudah lupa". Lupa itu bagus kalau kena pada tempatnya, namun,,, Teruskan membaca ;~)

Mudah lupa merupakan gejala khas pada orang nyanyuk yang disebabkan oleh kerosakan sel-sel pada otak. Namun sebelum gejala itu datang bertandang kepada kita, proses kerosakan pada saraf otak sudah bermula. Gigi tanggal pada orang dewasa sering dikaitkan dengan keadaan kemunduran (berkurangannya) fungsi otak. Adakah anda masih mempunyai bilangan gigi yang normal? (32 batang)

Tidak seperti gigi susu pada anak-anak, gigi kekal pada orang dewasa tidak akan tanggal dengan sendirinya melainkan disebabkan sesuatu perkara yang lain. Salah satu faktor yang menyebabkan gigi tanggal adalah adanya masalah pada gigi dan mulut.

Ahli saraf dari Jepun, Dr Nozomi Okamoto dalam penelitian terbarunya menyatakan bahwa kedaan kesihatan gusi yang merupakan penyebab gigi tanggal berhubungan erat dengan risiko kenyanyukan. Penemuan ini dihasilkan setelah meneliti dan pengkajian dibuat keatas 6,000 warga emas berusai 65 tahun ke atas.

Menurutnya, infeksi yang terjadi di gusi boleh menyebabkan tindakbalas tertentu yang mengakibatkan radang. Tindakbalas ini dipengaruhi oleh aliran darah menuju tempat-tempat lain termasuk otak, yang akan menyebabkan radang di jaringan tersebut.

Radang yang terjadi di jaringan otak dapat menyebabkan kematian sel-sel saraf yang hampir seluruhnya berpusat di sana. Kerosakan pada saraf-saraf memori dan kognitif adalah penyebab utama kepada terjadinya nyanyuk pada orang dewasa maupun warga emas.

Dr Nozomi menyatakan bahawa, warga emas yang memiliki gigi yang masih lengkap (cukup bilangannya, 32 batang) mempunyai risiko paling rendah untuk mengalami nyanyuk. Sebaliknya, warga emas yang tidak punya gigi atau sudah kehilangan sebagian daripada giginya mempunyai risiko tinggi untuk menjadi nyanyuk dengan lebih cepat.

"Hilangnya reseptor-reseptor di sekitar gigi mempunyai kaitan rapat dengan matinya saraf-saraf tertentu di otak, yang nantinya menyebabkan berkurangnya fungsi kognitif," Hasil kajian Dr Nozomi seperti dikutip dari Healthday, Rabu (4/1/2011).

Hasil penelitian tersebut dapat dibaca dalam jurnal Behavioral and Brain Functions.

F.A.S.T. ;~)

MANDI TELAN JANG, Jang Oh Jang

Salam Alaik; Dah mandi hari ini. Mandi dalam bilik air, mandi kolam atau mandi sungai?. Apakah pakaian yang dipakai bila mandi atau,,, tak pakai apa2. Telanjang laaa tuh. Teruskan membaca ;~)

Di khalayak ramai hukum mandi telanjang adalah haram. Adapun di tempat yang tersembunyi atau tertutup, hukumnya harus. Berkata Qadhi ‘Iyadh; keharusan mandi bertelanjang di tempat yang tertutup atau tersembunyi dari orang lain merupakan pandangan jumhur atau majoriti ulamak”. Keharusan ini berdalilkan hadis Abu Hurairah r.a. yang meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. yang bercerita; “Adalah Bani Israel mandi dengan bertelanjang (sesama mereka dimana) sebahagian mereka melihat kepada sebahagian yang lain. Akan tetapi Nabi Musa a.s. mandi bersendirian (kerana menjaga auratnya). Maka mereka (yakni Bani Isreal) mendakwa; ‘Demi Allah! Tidak menghalang Musa mandi bersama kita melainkan kerana buah zakarnya bengkak’. Satu hari Musa pergi untuk mandi. Ia meletakkan pakaiannya di satu batu. Tiba-tiba batu itu lari bersama pakaiannya. Musa pun keluar dari tempat mandi itu (dalam keadaan bertelanjang) mengekori batu itu sambil memanggil; ‘Pakaianku, wahai batu’, hingga ia dilihat oleh Bani Isreal. Maka mereka berkata; ‘Demi Allah! Tidak ada sebarang kecacatan pada Musa (sebagaimana yang didakwa)’. Musa dapat mengambil kembali pakaiannya dan dia lalu memukul batu itu” (Riwayat Imam al-Bukhari). Berhujjah dengan hadis ini adalah satu cabang dari berhujjah dengan syariat sebelum Islam.

Sekalipun harus, namun yang terbaik ialah menutup aurat (yakni; sekalipun harus mandi bertelanjang di tempat tersembunyi, namun yang paling baik ialah mandi dengan menutup aurat). Dalilnya ialah hadis dari Mu’awiyah bin Haidah r.a. yang menceritakan; Aku telah bertanya Rasulullah s.a.w.; “Ya Rasulullah! Bila masanya wajib kami tutup dan bila masanya harus kami buka?”. Jawab baginda; “Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau kepada hamba yang kamu miliki”. Aku bertanya lagi; “Bagaimana jika sekiranya seseorang dari kami sedang bersendirian?”. Nabi menjawab; “Allah lebih layak untuk kamu malu dari manusia” (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan).

Imam Abu Laila menganggahi pandangan jumhur di m ana menurut beliau; ditegah mandi telanjang sekalipun ditempat tertutup atau tersembunyi ker ana air juga mempunyai penghuninya.
F.A.S.T. ;~)

January 06, 2011

Gambar Saja Bukan Aurat, Tetapi,,,

Salam Alaik,

Bertemu kembali ditahun baru, Hal yang nampak macam remeh tetapi selalu berlaku kesilapan, inilah kita yang bernama manusia, selalu lupa dan lalai, Manusia yang bernama insan, kena selalu diingatkan. Teruskan membaca ;~)

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan dan friendster,myspace serta YM dan lain-lain menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, muslim termasuk (sama jee), yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, namun sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka, parut dibadan anda terpampang dengan jelasnya !

Muslimin dan Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

Penyelesaiannya

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

UNTUK DIKONGSIKAN BERSAMA : F.A.S.T ;~)

October 07, 2010

Petua dan Teknik Mengatasi Kesepian Dan Tekanan Hidup

Sesudah kehilangan sesuatu yang kita cintai, atau terpisah dengan seseorang yang kita sayangi, hidup kita biasanya berubah. Rutin hidup yang biasanya bersama dan bermesra dengan seseorang tiba-tiba berubah karena ketiadaannya menjadikan seperti kehilangan. Teruskan membaca ;~)

Memang diakui akan wujudnya perpisahan ini namun biarlah ianya tidak terjadi secara tiba-tiba atau mendadak. Seperti, biasanya orang yang periang, ramah dan mudah bergaul, tiba-tiba menjadi pemurung, penyendiri, pendiam dan tidak ingin bertemu dengan siapapun setelah kehilangan orang yang dicintai atau berpisah dengan orang yang disayangi. Keadaan ini biasanya berlaku hanya sementara dan kembali menjadi normal dalam beberapa ketika. Walau bagaimanapun jika kesannya berlarutan hingga bertahun-tahun mengakibatkan kemurungan diri , menyendiri dan berkurung dibilik dan sebagainya, tentunya boleh menyebabkan masalah tekanan kejiwaan.

Mari kita cuba mengenali sebab berlakunya kesepian dan tekanan kejiwaan serta mencari petua atau cara yang tepat untuk mengatasinya.

1. Harapan Orang Sekeliling.
Kita berasa malu dan kecewa disebabkan kenyataan hidup kita yang kita lalui tidak selari dengan harapan keluarga, termasuk orang tua, adik beradik, rakan-rakan dan sebagainya. Keadaan ini mengakibatkan kita tidak dapat membanggakan diri dihadapan mereka. Kita dapat memahami dan memaklumi apa yang menjadi harapan mereka, walau bagaimanapun kita juga tidak dapat memenangi hati semua orang.

Bila anda sudah sampai pada satu keadaan dimana anda harus menghadapi dan mengatasinya, carilah kekuatan dengan sebaiknya hingga mampu membebaskan diri dari pendapat dan harapan orang lain, berusaha untuk bangkit dan tetap tegak dalam meneruskan kehidupan ini.

2. Perasaan Bersalah.
Mungkin akan timbul rasa bersalah atau kekesalan bila terjadi perpisahan dengan orang yang anda cintai. Pelbagai andaian mungkin timbul seperti “ seandainya aku tidak berbuat itu, mungkin saja dia masih hidup.' 'Kalau aku tak terburu-buru untuk .., tentu tak jadi macam ini.' Berpikir secara andaian tentu saja tidak akan memecahkan persoalan dan rasa bersalah yang menghantui, malahan ianya tidak akan mengurangkan rasa kesepian dan tekanan jiwa yang dialami. Keadaan ini juga tidak akan mengembalikan apa yang telah hilang bahkan menambahkan lagi derita. Apapun yang terjadi, tidak perlu anda begitu tertekan dan terus menyesali apa yang telah terjadi karena memang tidak membawa apa-apa kebaikan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Menerima dan redza akan kehidupan, apapun yang terjadi sebagai ketentuan Allah swt. adalah cara yang paling mujarab untuk mengatasi rasa kesepian dan tekanan jiwa. Sentiasa berdoa dan bermunajat kepada Allah disamping sentiasa menaruh harapan dengan permohonan positif kepada Allah. Penyerahan diri secara keseluruhan kepadaNya dapat mengurangi tekanan kejiwaan yang dilami sekaligus menghilangkan rasa kesepian. Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidak akan membiarkan hambanya berjalan dalam kesesatan dan kesepian. “Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”.

3. Kekangan Kewangan dan Aktiviti Terbatas.
Bila terjadinya perpisahan dan kehilangan maka terjadi perubahan kepada kewangan, lebih-lebih lagi jika sumber pendapatan adalah daripada orang yang meninggal. Masalah kewangan ini akan terjadi jika tidak ada persediaan dari awal, dan jika ini terjadi secara tiba-tiba tentunya hal ini akan menjadi tertekan dan sangat menderita. Masalah ini haruslah diatasi dengan aktiviti yang boleh menambah sumber pendapatan agar kehidupan dapat diteruskan. Walau bagaimanapun keadaan seperti ini boleh menjadikan seseorang itu lebih berdikari dan mendewasakan. Terdapat juga pepatah “Sediakan paying sebelum hujan”. Ini sangan berguna bagi mengurangkan tekanan dan bebanan.

Akhirnya, jangan mudah berputus asa. Sesungguhnya Allah sangat benci kepada mereka yang berputus asa dengan Rahmat Allah. 'Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah bahwasanya Aku adalah dekat. AKu mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintahKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu dalam kebenaran.' (QS. al-Baqarah : 186).

F.A.S.T :~)