January 31, 2011

KHABAR DARI EGYPT

Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 11,000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya. Ketahuilah bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda.

Kalau anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa yang berlaku secara terperinci, percayalah.
Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk berdemo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir
Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

sumber: http://goo.gl/KDkfI

4. Pelajar Malaysia Terpaksa Menjada Keamanan Sendiri

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang terpaksa berkawal menjaga keselamatan mereka di sana. Ribuan banduan telah terlepas dari penjara-penjara di seluruh Mesir. Rumah yang didiami pelajar Malaysia menjadi sasaran untuk dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. .

edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga

http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar
Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.

Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Maklumat terkini boleh diperolehi di
http://www.facebook.com/pages/Selamatkan-pelajar-dan-rakyat-Malaysia-di-Mesir/185618624791964?v=wall
http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/2011/01/update-2158pm-3112011-isnin-gmt-8.html
Dikutip daripada beberapa Blog Pelajar Mesir.
F.A.S.T. ;~)

January 25, 2011

TERAPI PEMAKANAN MEMBANTU MENGAWAL STRES

Anda Stres atau Tertekan? Kajian menunjukkan Orang yang berjaya akan mengalami stres, orang gagal,,, lagilah stres. Stres, jika dapat dikawal akan membawa kepada kebaikan, tetapi jika tidak terkawal akan mendatangkan kemudaratan. Setakat mana sistem sokongan yang kita ada dapat mengawal stres atau tekanan yang kita alami. Teruskan membaca ;~).

Makanan membantu kita melawan stres dengan berbagai cara. Beberapa jenis makanan boleh mendorong tingkatkan serotonin, zat dalam otak yang membantu menenangkannya. Makanan bernurtrisi boleh mengalihkan kesan stres dengan meningkatkan sistem imun tubuh dan mengurangi tekanan darah. Berikut di antaranya:

1. Karbohidrat Kompleks. Karbohidrat memberi isyarat kepada otak untuk mengeluarkan serotonin. Supaya tidak kekurangan zat ini, ambillah makanan dengan karbohidrat kompleks yang dicerna perlahan. Pilihan tepat untuk mengambil makanan yang kaya dengan whole-grain, seperti sereal, roti, pasta, serta oatmeal. Karbohidrat kompleks boleh membantu tubuh untuk menyeimbangkan tahap gula dalam darah.

2. Sushi. Rumpai laut yang sering menjadi bahan campuran dalam makanan orang Jepun ternyata mempunyai asid Pantothenic yang penting bagi kelenjar adrenal bagi mengurangkan stres.

3. Coklat Memiliki kandungan flavonoid yang tinggi sehingga mendatangkan rasa santai dan rehat. Cokelat juga mengandung phenethylamine, suatu bahan kimia yang meningkatkan suasana hati atau mood anda. Semakin gelap warna cokelat, semakin sihat zat-zat yang dihasilkan kerana ia mengandungi paling minima 70 peratus koko yang baik untuk menstabilkan stres. Ambilah coklat dalam bentuk candy atau minuman.

4. Susu dan Yogurt. Ternyata, antioksidan dan kalsium pada susu mengurangkan kekejang pada otot dan membantu mengurangi ketegangan serta menstabilkan perubahan mood. Disarankan untuk mengambil hanya susu rendah lemak atau susu skim.

5. Daging Ayam Turki. Daging ayam turki mengandungi asid amino yang disebut L-tryptophan. Asid amino ini merangsang pelepasan serotonin, bahan kimia dalam otak untuk mood baik dan menenangkan.

6. Lemak Ikan. Omega-3 yang dijumpai pada ikan tuna dan salmon boleh mencegah hormon stres dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Makanlah sekitar 3 auns lemak ikan dua kali seminggu.

7. Teh Hitam. Teh hitam boleh membantu anda pulih dari tekanan stres dengan lebih cepat. Suatu kajian membandingkan antara peminum teh dan kopi di mana orang yang minum 4 cawan teh setiap hari selama 6 minggu menunjukkan mereka merasa lebih tenang, serta tahap kortisol yang rendah. Manakala peminum kopi, cenderung memiliki tahap kortisol tinggi. Namun, sekiranya anda tidak menggemari teh hitam, maka teh chamomile adalah minuman alternatif bagi mengurangkan stres.

8. Pistachio. Kacang pistachio boleh mengurangkan kesan stres. Adrenalin meningkatkan tekanan darah dan membuat jantung berdebar (bergerak pantas)kerana stres. Makan segenggam pistachio sehari boleh menurunkan tekanan darah.

9. Walnut. Kacang Walnut dikenali dapat mengurangkan stres dengan membantu menurunkan tekanan darah.

10. Almond. Kacang almond sangat kaya dengan vitamin E untuk mendorong sistem imun badan, dan rangkaian vitamin B, untuk membantu tubuh melawan stres. Ambillah sekitar seperempat cawan setiap hari.

11. Biji Bunga Matahari atau Kuaci. Ini merupakan sumber folat yang baik, yang membantu tubuh anda menghasilkan rangsangan di otak yang mendatangkan rasa tenang atau dalam zat kimia disebut dopamin.

12. Limau (lemon). Seperti diketahui, buah ini sangat kaya akan vitamin C, antioksidan yang sempurna. Menurut kajian, vitamin C boleh mengurangi tahap hormon stres sambil menguatkan imun badan. Jika anda menghadapi tekanan/stres, cubalah mengambil makanan yang kaya vitamin C (minum jus limau atau jus buah-buahan.

13. Pisang dan Avocado. Kandungan potassium yang tinggi terdapat pada pisang dan avocado, membantu menurunkan tekanan darah dan mampu mengurangi ketegangan.

14. Blueberries dan pelbagai jenis berries. Antioksidannya mampu menutralkan kesan radikal bebas dan melindungi tubuh dari stres.

15. Aprikot Kering. Kaya dengan magnesium, pembasmi stres dengan menyihatkan urat saraf dan merehatkan otot.

16. Nenas. Antioksidan yang terdapat di dalam nenas lebih kuat membantu anda melawan radikal bebas yang membuatkan memori anda agar tetap segar, kuat dan mantap.

17. Sayuran Mentah. Sayuran mentah boleh membantu mengurangi kesan stres dengan cara mekanikal. Misalnya, lobak, mentimun, atau saderi perlu digigit, sehingga rahang gigi mengetap untuk mengurangkan tekanan pada bahagian kepala dan rahang. Amalkan memakan sayur hijau tua berbanding yang cerah warnanya.

18. Bayam. Magnesium yang kaya terdapat dalam bayam membantu mengawal kortisol dan cenderung berfungsi ketika sedang berada di bawah tekanan. Terlalu sedikit magnesium dalam tubuh boleh mengakibatkan pening dan kelesuan, yang merupakan kesan stres. Satu mangkuk sup bayam dapat mengisi keperluan magnesium dalam tubuh.

19. Brokoli. Asid Folic dalam brokoli ini berfungsi meredakan stres, rasa panik, gelisah, bahkan depresi yang berat.

20. Keledek. Keledek dapat mengurangi stres kerana memenuhi keinginan anda terhadap karbohidrat dan gula ketika anda stres. Keledek mengandungi banyak betakaroten, pelbagai vitamin, dan serat yang membantu tubuh untuk memproses karbohidrat dengan cara yang lambat.

Terdapat dua (2) golongan manusia dalam menghadapi stres. Ada diantaranya akan melayani stres dengan mengambil makanan dengan banyak (boleh menyebabkan obesiti) dan ada juga yang langsung tidak mahu mengambil makanan (hilang selera makan).Jika ini berlaku, Nah cuba cara ini Haaa,,,haaa,,, terbang sambil berenang. (gambar)

Jangan terlalu serious, nanti stres...
F.A.S.T ;~)

January 22, 2011

Lagenda Wong Fei Hung : Ulama, Hero Kung Fu dan Perawat (Tabib) China.

Ramai diantara kita yang hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai hero Kung fu dalam film Once Upon A Time in China. Dalam film itu, karakter Wong Fei Hung dilakonkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?. Mari kita baca sejarah (dibaca sebagai Tawarikh : zaman saya bersekolah rendah dahulu, Teruskan membaca ;~)

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama', ahli Perubatan (Tabib) Cina, dan ahli bela diri lagenda yang namanya terpahat sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun pemerintah China moden sedaya upay berusaha mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga dominasi kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat berpegang kepada ajaran islam. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila dibahasa arabkan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama' terkenal, dan tabib ahli ilmu pengubatan tradisional China, serta ahli bela diri tradisional Tiongkok (wushu/kung fu). Ayahnya memiliki sebuah klinik pengubatan china bernama Po Chi Lam di Canton (ibu negeri Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama' yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu bela diri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh kumpulan terkenal Kwantung. Posisi kumpulan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu pengubatan tradisional dan teknik bela diri serta diasaskan oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering mendahului dalam membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan menyanjungi Keluarga Wong.

Pesakit yang datang ke klinik keluarga Wong untuk meminta bantuan pengubatan umumnya berasal dari kalangan keluarga miskin yang tidak mampu membayar bil rawatannya. Walaupun begitu, Keluarga Wong tetap membantu dengan bersungguh-sungguh setiap pesakit yang datang. Keluarga Wong tidak pernah membezakan antara mereka, tanpa memedulikan suku bangsa, ras keturunan dan agama, semua mereka tetap dibantu.

Secara rahasia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang rasuah dan penindas. Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang mengalahkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya paling ramai memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mula mengasah bakat bela dirinya sejak berguru dengan Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mendidiknya tentang dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan kembangan dari Hung Hei-Kwun, teman seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terkenal dalam peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang dikenali sebagai Korea). Jika tidak kerana pemerintah Ch’in meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan yang dipimpin oleh Hung Hei-Kwun sudah pasti berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an, ia telah menjadi ahli pengubatan dan bela diri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan bela dirinya semakin sukar ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat tangkas dan berkesan yang dinamakan Jurus Cakar Harimau dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain tempur tanpa senjata, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan berbagai jenis senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana Wong Fei-Hung seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya mengalahkan lebih dari 30 orang penjahat (berbadan besar dan sasa lagi kejam) di Canton karena membela rakyat miskin yang diperas.

Dalam kehidupan berkeluarga, Allah swt banyak mengujinya dengan berbagai cuban dan dugaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden pergaduhan dengan mafia Canton. Sejarah hidupnya mencatatkan Wong Fei-Hung telah bernikah sebanyak tiga kali karena isterinya meninggal dunia dalam usia yang muda. Setelah isteri ketiganya meninggal dunia, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendirian hingga kemudiannya dia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang gadis yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga keakhir hayatnya. Mok Gwai Lan turut mengajar bela diri pada kelas khusus untuk kaum perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dunia dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapa saja dan berapa ramaipun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan ditentangnya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya. Wong Fei-Hung meninggal dunia dengan meninggalkan nama yang harum, membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan kepada kita, generasi muslim yang hidup selepasnya. Amin

Al Fatihah buat roh Almarhum Wong Fei-Hung dan keluarganya
F.A.S.T ;~)

January 20, 2011

JEMPUTAN KE CERAMAH KECEMERLANGAN DIRI

Salam Alaik;

Ibu Bapa dan Anak2 (Pelajar) yang tinggal di sekitar Bandar Baru Bangi, Kajang, Cheras, Putrajaya dan kawasan yang sama waktu dengannya.


Adalah dimaklumkan Ceramah Motivasi akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :
1. Ceramah Motivasi Keibubapaan : Teknik Membantu Anak Belajar Cemerlang
2. Ceramah Motivasi Belajar : Sistem Pembelajaran Cemerlang (Pelajar Sekolah Menengah)

Tarikh : 29 Januari 2011,
Masa : Jam 9:00 - 11:00 pagi
Tempat : Impact Learning Centre, No 17 - 1 Jalan Reko Sentral 2, Jalan Reko, Kajang.


Penyertaan adalah percuma dan tempat adalah terhad. Untuk memastikan tempat anda tersedia, anda boleh membuat tempahan awal.

Segala pertanyaan atau tempahan tempat, anda boleh menghubungi di talian 0387364863 atau fax 0387364864.

Sekian Terima Kasih.

FAKTA TENTANG GG

Kelainan atau penyakit rongga mulut dan gigi merupakan salah satu dari 10 penyakit yang popular. Lebih 60% daripada penduduk Malaysia pernah mengalami gangguan pada gigi. Lihat saja klinik-klinik gigi disekitar anda, tak ubah seperti cendawan tumbuh dimusim hujan. Di Bandar Baru Bangi sahaja, terdapat tidak kurang daripada 10 klinik gigi.
Kajian mendapati pada tahun 1980, didapati bahwa hampir 90% pelajar sekolah mempunyai kelainan gigi atau rongga mulut. Hal ini menunjukkan bahwa kesihatan gigi dan rongga mulut perlu mendapatkan perhatian khusus. Malangnya di Malaysia, bilangan doktor pakar pengigian hanya seramai 117 orang sahaja yang berkhidmat di hospital-hospital kerajaan di seluruh negara.


Jaringan Rongga Mulut

Dalam rongga mulut, terdapat beberapa jaringan yang dibagi dalam 2 bahagian, yaitu :
• Jaringan Keras (rahang atas, rahang bawah, dan gigi).
• Jaringan Lembut (gusi, lidah, mukosa pipi, mukosa bibir, mukosa lidah, mukosa palatum, dan jaringan dasar lidah).

Fungsi Gigi

Secara histologis, jaringan gigi dan mulut berasal dari mesoderm dan ektoderm, yang memiliki 3 fungsi utama yaitu, pengunyahan (mastikasi), keindahan (estetika), dan bercakap (phonetic). Dalam mulut, gigi tertanam dalam tulang rahang dan dilindungi oleh gusi (gingiva), dengan bentuk yang berbeza-beza sesuai dengan fungsinya.

Gigi Seri (Incisivus)

Gigi ini terletaki pada bahagian hadapan sekali, ianya berfungsi untuk memotong makanan (mastikasi). Jumlahnya ada 8, dengan pembagian 4 berada di rahang atas dan 4 berada di rahang bawah. Gigi seri susu mulai tumbuh pada bayi usia 4 – 6 bulan, kemudian diganti dengan gigi seri kekal apabila mula berusia 5 – 6 tahun pada rahang bawah dan pada usia 7 – 8 tahun pada rahang atas.

Gigi Taring (Caninus)

Posisi gigi ini terletak pada sudut mulut, di sebelah gigi seri, dan merupakan gigi yang paling panjang dalam rongga mulut. Fungsinya adalah untuk mengoyakkan makanan. Jumlahnya ada 4, dengan pembagian 2 ditiap rahang, 1 di kiri dan 1 di kanan. Gigi susu taring ini diganti dengan gigi taring kekal pada umur 11 – 13 tahun.

Gigi Geraham Kecil (Premolar)

Gigi ini jumlahnya 8, dengan pembagian 4 ditiap rahang, 2 di kiri dan 2 di kanan. Gigi ini hanya ada pada gigi dewasa, dan letaknya berada di belakang gigi taring. Gigi ini mula tumbuh pada usia 10 – 11 tahun dan menggantikan posisi dari gigi molar susu. Bersama gigi molar, gigi ini berfungsi untuk melumatkan makanan, dan pada proses orthodontie, gigi ini sering dicabut “dikorbankan”.

Gigi Geraham (Molar)

Gigi molar susu berjumlah 8 seperti gigi premolar, selepas seseorang itu berumur 10 – 11 tahun ianya akan digantikan dengan gigi premolar. Selepas gigi molar kekal tumbuh di belakang gigi premolar. Jumlah dari gigi molar kekal adalah 12, dengan pembagian 6 di tiap rahang, 3 di tiap sisi kanan dan kiri. Gigi molar kekal inilah yang paling sering berlubang dan menyebabkan kesakitan atau terasa ngilu.

Proses Pertumbuhan Gigi

Proses pertumbuhan gigi mengandungi 2 fasa penting. Awal pertumbuhan gigi dinamakan gigi susu yang lengkap pada umur 3 tahun dengan jumlahnya 20 batang gigi. Selepas itu, gigi susu akan diganti dengan fasa ke dua iaitu pertumbuhan gigi kekal yang bermula pada usia 13 tahun keatas. Pertumbuhan gigi kekal ini menjadi lengkap setelah jumlah gigi yang tumbuh menjadi 32 batang gigi kesemuanya. Proses ini dikira lengkap apabila seseorang itu mencapai umur sekitar 17 – 21 tahun. Fasa diantara awal fasa gigi kekal hingga gigi kekal yang lengkap disebut fasa gigi campuran, yaitu antara umur 13 – 17 tahun.

Selepas lengkapnya pertumbuhan gigi (32 batang) maka gigi yang dicabut atau rosak selepas itu tidak akan tumbuh lagi. Namun...
Yang Patah kan tumbuh,
Yang Hilang kan Berganti,


Pergilah berjumpa dengan Dr GG, (ehmm,,, ehmmm Dr Nur Aina)

F.A.S.T. ;~)

PERKAITAN ANTARA GIGI DENGAN NYANYUK

Cuba anda ingatkan sesuatu,,, kunci kereta diletakkan dimana?, sudah solat zohor atau belum, Adakah anda tergolong dalam kategori mereka yang "mudah lupa". Lupa itu bagus kalau kena pada tempatnya, namun,,, Teruskan membaca ;~)

Mudah lupa merupakan gejala khas pada orang nyanyuk yang disebabkan oleh kerosakan sel-sel pada otak. Namun sebelum gejala itu datang bertandang kepada kita, proses kerosakan pada saraf otak sudah bermula. Gigi tanggal pada orang dewasa sering dikaitkan dengan keadaan kemunduran (berkurangannya) fungsi otak. Adakah anda masih mempunyai bilangan gigi yang normal? (32 batang)

Tidak seperti gigi susu pada anak-anak, gigi kekal pada orang dewasa tidak akan tanggal dengan sendirinya melainkan disebabkan sesuatu perkara yang lain. Salah satu faktor yang menyebabkan gigi tanggal adalah adanya masalah pada gigi dan mulut.

Ahli saraf dari Jepun, Dr Nozomi Okamoto dalam penelitian terbarunya menyatakan bahwa kedaan kesihatan gusi yang merupakan penyebab gigi tanggal berhubungan erat dengan risiko kenyanyukan. Penemuan ini dihasilkan setelah meneliti dan pengkajian dibuat keatas 6,000 warga emas berusai 65 tahun ke atas.

Menurutnya, infeksi yang terjadi di gusi boleh menyebabkan tindakbalas tertentu yang mengakibatkan radang. Tindakbalas ini dipengaruhi oleh aliran darah menuju tempat-tempat lain termasuk otak, yang akan menyebabkan radang di jaringan tersebut.

Radang yang terjadi di jaringan otak dapat menyebabkan kematian sel-sel saraf yang hampir seluruhnya berpusat di sana. Kerosakan pada saraf-saraf memori dan kognitif adalah penyebab utama kepada terjadinya nyanyuk pada orang dewasa maupun warga emas.

Dr Nozomi menyatakan bahawa, warga emas yang memiliki gigi yang masih lengkap (cukup bilangannya, 32 batang) mempunyai risiko paling rendah untuk mengalami nyanyuk. Sebaliknya, warga emas yang tidak punya gigi atau sudah kehilangan sebagian daripada giginya mempunyai risiko tinggi untuk menjadi nyanyuk dengan lebih cepat.

"Hilangnya reseptor-reseptor di sekitar gigi mempunyai kaitan rapat dengan matinya saraf-saraf tertentu di otak, yang nantinya menyebabkan berkurangnya fungsi kognitif," Hasil kajian Dr Nozomi seperti dikutip dari Healthday, Rabu (4/1/2011).

Hasil penelitian tersebut dapat dibaca dalam jurnal Behavioral and Brain Functions.

F.A.S.T. ;~)

MANDI TELAN JANG, Jang Oh Jang

Salam Alaik; Dah mandi hari ini. Mandi dalam bilik air, mandi kolam atau mandi sungai?. Apakah pakaian yang dipakai bila mandi atau,,, tak pakai apa2. Telanjang laaa tuh. Teruskan membaca ;~)

Di khalayak ramai hukum mandi telanjang adalah haram. Adapun di tempat yang tersembunyi atau tertutup, hukumnya harus. Berkata Qadhi ‘Iyadh; keharusan mandi bertelanjang di tempat yang tertutup atau tersembunyi dari orang lain merupakan pandangan jumhur atau majoriti ulamak”. Keharusan ini berdalilkan hadis Abu Hurairah r.a. yang meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. yang bercerita; “Adalah Bani Israel mandi dengan bertelanjang (sesama mereka dimana) sebahagian mereka melihat kepada sebahagian yang lain. Akan tetapi Nabi Musa a.s. mandi bersendirian (kerana menjaga auratnya). Maka mereka (yakni Bani Isreal) mendakwa; ‘Demi Allah! Tidak menghalang Musa mandi bersama kita melainkan kerana buah zakarnya bengkak’. Satu hari Musa pergi untuk mandi. Ia meletakkan pakaiannya di satu batu. Tiba-tiba batu itu lari bersama pakaiannya. Musa pun keluar dari tempat mandi itu (dalam keadaan bertelanjang) mengekori batu itu sambil memanggil; ‘Pakaianku, wahai batu’, hingga ia dilihat oleh Bani Isreal. Maka mereka berkata; ‘Demi Allah! Tidak ada sebarang kecacatan pada Musa (sebagaimana yang didakwa)’. Musa dapat mengambil kembali pakaiannya dan dia lalu memukul batu itu” (Riwayat Imam al-Bukhari). Berhujjah dengan hadis ini adalah satu cabang dari berhujjah dengan syariat sebelum Islam.

Sekalipun harus, namun yang terbaik ialah menutup aurat (yakni; sekalipun harus mandi bertelanjang di tempat tersembunyi, namun yang paling baik ialah mandi dengan menutup aurat). Dalilnya ialah hadis dari Mu’awiyah bin Haidah r.a. yang menceritakan; Aku telah bertanya Rasulullah s.a.w.; “Ya Rasulullah! Bila masanya wajib kami tutup dan bila masanya harus kami buka?”. Jawab baginda; “Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau kepada hamba yang kamu miliki”. Aku bertanya lagi; “Bagaimana jika sekiranya seseorang dari kami sedang bersendirian?”. Nabi menjawab; “Allah lebih layak untuk kamu malu dari manusia” (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan).

Imam Abu Laila menganggahi pandangan jumhur di m ana menurut beliau; ditegah mandi telanjang sekalipun ditempat tertutup atau tersembunyi ker ana air juga mempunyai penghuninya.
F.A.S.T. ;~)

January 06, 2011

Gambar Saja Bukan Aurat, Tetapi,,,

Salam Alaik,

Bertemu kembali ditahun baru, Hal yang nampak macam remeh tetapi selalu berlaku kesilapan, inilah kita yang bernama manusia, selalu lupa dan lalai, Manusia yang bernama insan, kena selalu diingatkan. Teruskan membaca ;~)

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan dan friendster,myspace serta YM dan lain-lain menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, muslim termasuk (sama jee), yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, namun sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka, parut dibadan anda terpampang dengan jelasnya !

Muslimin dan Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

Penyelesaiannya

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

UNTUK DIKONGSIKAN BERSAMA : F.A.S.T ;~)