July 31, 2010

Indahnya السلام عليكم

السلام عليكم merupakan doa kesejahteraan dan keselamatan yang seharusnya (dibaca semestinya) hendaklah dilafazkan ketika berjumpa sesama muslim. Hukum memberi salam adalah sunat yang diberatkan dan menjawabnya adalah wajib. Teruskan membaca ;~)

Firman Allah swt, Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).

Apakah hikmahnya menyebarluaskan ucapan السلام عليكم itu? Dalam hal ini, salam dilihat sebagai satu kaedah bagaimana Islam mementingkan gaya hidup yang harmoni berasaskan persamaan dan semangat ukhwah yang utuh. Dalam konteks yang sama, Rasulullah saw. bersabda; “Wahai manusia, berikan salam (ucapan السلام عليكم), berikan makanan, hubungkan silaturahim, kamu akan masuk syurga dengan selamat.’ (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan At-Tirmidzi ).

Dibahagian yang lain, Rasulullah saw. bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Muslimin; “Apakah kamu mahu aku tunjukkan sesuatu apabila kamu lakukannya kamu bersatu padu dan berkasih sayang, iaitu sebarkan ucapan السلام عليكم di antara kamu.” Demikian ajaran Rasullah saw. agar menjadikan salam membentuk ummah bersatu padu.

Bagi menguatkan hujjah kepentingan memberi salam, Ulamak Sufi terkenal, Ibrahim bin Adham mengatakan ucapan salam yang ikhlas akan menghindarkan kita daripada kejahatan dan musibah sebagaimana ucapan fitnah akan menimbulkan dosa dan malapetaka.

Amalan memberikan salam sesama muslimin itu suatu manifestasi ikatan ukhwah yang mantap bersendikan agama. Bukan saja mendapat ganjaran pahala malahan impaknya sangat positif dalam menimbulkan situasi kehidupan bersosial yang harmonis.

Bentuk amalan sedekah dalam Islam begitu luas. Bukan hanya dengan wang ringgit tetapi juga apa yang boleh mendatangkan manfaat atau kebaikan kepada orang lain dikira sedekah dan pahala. Begitulah Islam, indah dan kecantikannya. Seandainya kita mahu mewujudkan jati diri ummah yang mantap, amalan bersedekah sewajarnya dijadikan budaya hidup. Bersedekah akan mengikis tamak dan hasad dengki, menjadikan bermasyarakat bersatu-padu.

Sabda Rasulullah; “Setiap (pergerakan) sendi tulang manusia itu memperoleh sedekah setiap hari yang disinari matahari: mengadili antara dua orang adalah bersedekah, menolong menaikkan barang ke atas kenderaan seseorang atau menurunkannya adalah sedekah, mengucapkan kata-kata yang baik adalah sedekah, dan setiap langkahmu berjalan ke masjid untuk bersolat adalah sedekah, juga membuang yang menyakiti dari jalan laluan adalah sedekah.” (Maksud Hadis riwayat At-Tabrani dan Ibnu Hibban)

Justeru, mengapakah perlu kita memilih jalan kejahatan, keburukan dan kemaksiatan sedangkan jalan yang dipandukan oleh Allah begitu indah dan terang bersinar.

;~) FAST.

July 27, 2010

Persahabatan – Pak HAMKA Menulis

Wasiat Pak HAMKA, walaupun telah lama, namun masih segar untuk terus dikenang, teruskan membaca, ;~).

"Dalam bukunya Pak HAMKA (Haji Abdul Malik Karim Amirullah) menulis:- Pilihlah seorang yang takutkan Allah untuk dijadikan sahabat mu. Dan kata kata hikmatnya tentang persahabatan: -

1. Persahabatan adalah satu satunya pintu kebebasan. Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri sekali pun,tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. Persahabatan yang jujur adalah salah satu tangga untuk menuju kejayaan.

2. Supaya beroleh sahabat,hendaklah diri kita sendiri layak buat disahabat oleh orang.

3. Sahabat mu suka pada mu, tetapi tidaklah tiap tiap orang yang suka kepada mu itu adalah sahabat mu.

4. Kesenangan hidup mu adalah memperbanyak teman, tetapi bukti persahabatan yang setia ialah diwaktu kesukaran.

5. Yang semulia mulia kewajipan bersahabat ialah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat mu sebelum dikatakan, dan perkenankan permintaannya sebelum dimintanya.

6. Kalau mempunyai banyak sahabat, janganlah jadi sahabat untuk seorang sahaja.

7. Kalau sahabat mu tertawa,hendaklah dikatakan apa sebab dia senang , kalau sahabat mu menangis,engkau mesti periksa apa yang menyebabkan dia susah.

8. Jika engkau memberi sesuatu pada sahabat mu,bererti memberikan kepada diri mu sendiri.

9. Pengubat lelah manusia adalah dua: pertama: Iman kepada Allah, kedua: Percaya kepada sahabat.

10. Bila orang telah merasa dirinya besar, dia akan lupa akan salahnya, hanya sahabat yang setia yang sanggup membuka matanya.

11. Kalau sahabat mu telah banyak menyelidiki keadaan engkau, bukanlah buat diampuninya.

12. Teman yang 'berudang disebalik batu' adalah seumpama anjing ditepi jalan,yang ditujunya hanya tulang yang akan dilemparkan kepadanya,bukan tangan yang melemparkan tulang itu.

13. Cemburu perempuan kepada perempuan,memutuskan tali persahabatan.

14. Bila seorang perempuan telah sudi menghulurkan tangan persahabatan, alamat umur mu telah lepas dari zaman bercinta.

Entah kenapa,,, tetiba jee teringat kawan2 lama, Kawan sewaktu bekerja di syarikat lama, teringan Bos, teringat Shifu, teringat sahabat,,, semoga Allah merahmati kalian semua. Amin.

;~) FAST

July 24, 2010

Karate Kis

Bukan nak ajak buat tak baik, tapi Nak kongsi Cerita. My daughters bagi rating Up Two Thumbs for this movie. Kira bagus la tuh. Teruskan membaca ;~)

Sudah menonton movie The Karate Kid lakonan our martial arts legend, JACKIE CHAN and JADEN SMITH (anak lelaki Will Smith), Cayok !! Will Smith was actually one of the director of this movie, cool hah!!! pilih anak sendiri berlakon, Duit tak lari ke mana, pusing-pusing kat dalam kantung sendiri jugak. Kan bagus, berniaga anak beranak. Lagi jimat duit dan boleh beri mark up story boom2 sikit...huhuhuhu.

I heard a song titled 'never say never' Jaden Smith... as always, JB's songs was SUPER DUPER HIT.

Jalan cerita yang sangat menarik, and truly suggest for all to watch it, totally worth it! story about spirit of a boy to learn martial arts, and we can see kung fu is learn for good, not for evil. Sebagai mem 'plagiat' some of the dialogs in this film.

kung fu is the knowledge of defends, and not to make war but to create peace...
kung fu is lives in everything we do, it lives in how we put on the jacket or we put off the jacket
.. so cool...

Jackie kind of nampak dah tualah sikit dalam filem nie, but still...handsome, energetic, so guys, tunggu apa lagi? Bawa anak-anak this is one of the must watch movie, didik anak-anak sambil berhibur dengan menonton.

Malas nak masuk cinema, mahu download guna mediafire, just click on this link, www.theamh.com , actually, dekat link ni, ada manyak cerita best boleh download wooo....huhuhu, Bahasa campoq-campoq sikit tak apa nuhhh,,, santai sikit.

ok, have fun watching...
click on this link for the song by JB n JADEN SMITH, never say never...

http://www.youtube.com/watch?v=_Z5-P9v3F8w

;~) FAST

Siapa Aku Nie ?

Siapa Anda Sebenarnya, Kenali diri sendiri sebelum mengenali orang lain. Kenali dirimu sebelum mengenali Penciptamu. Teruskan membaca ;~)

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s. Sibuk sangat dengan urusan dunia sehingga tak ada masa untuk urusan akhirat.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." mafhumnya,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", Redza sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Tidak lupa dengan kenikmatan hidup dunia yang ada untuk dikongsikan bersama dengan orang lain.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak berasa cukup (tidak bersyukur) dengan nikmat yang diterimanya. Sentiasa merasakan tidak cukup dan sentiasa menghimpunkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia tua namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal soleh.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Sentiasa memperelokkan diri untuk mengharapkan Rahmat Allah swt.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang matinya membawa banyak amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang matinya tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kubur menghimpitnya hingga tulang-tulang selangkanya berselisih antara satu dengan lain.

Siapakah orang yang berakal?
Orang yang berakal adalah orang yang sentiasa mengingat mati dan berusaha untuk menghadapi kematian yang dicemburi oleh malaikat.

Siapakah org yg kedekut?
Orang yg kedekut ialah orang yang membaca catatan di blog ini dan tidak berbuat apa-apa selepasnya. Ayuh FAST,

;~) FAST

Kejayaan Bukan Kegagalan

Kegagalan ialah bila kita belum menemui apa yang kita harapkan. Anda pernah berjaya ? Berapa kali anda telah berjaya dalam hidup? Teruskan membaca, ;~)

Kalau dikira memang banyak kejayaan yang pernah kita lalui. Sesungguhnya lebih banyak kejayaan yang pernah kita kecapi dalam hidup ini berbanding dengan kegagalan. Tetapi terlepas pandang dek kerana kita berada dalam keadaan kegagalan. Maka kegagalan itu telah menghantui fikiran kita. Dari sudut yang lain, Anda pernah gagal? Jangan takut gagal kerana kegagalan akan mendewasakan kita!

Menurut Kamus Dewan: Kejayaan membawa maksud kemenangan atau berhasil mencapai kemajuan dan cita-cita. Kamus yang sama juga mendefinasikan: Kegagalan membawa maksud tidak berhasil atau tidak berjaya mencapai matlamat atau cita-cita yang dikehendaki.

Menurut Pandangan Ahli Falsafah: Kejayaan ialah cara meningkatkan kuasa untuk mendapatkan sesuatu yang kita mahu dalam hidup tanpa mengganggu hidup orang lain. Manakala Kegagalan membawa maksud : Kegagalan hanyalah kekalahan atau ketewasan sementara. Dalam kata lain, belum menemukan apa yang diharapkan.

Kejayaan dan kegagalan sebenarnya membawa makna yang berbeza bagi setiap individu. Bagi sesetengah individu, kejayaan merupakan keinginan yang telah tercapai seperti menjadi kaya raya, mashyur, dan pangkat atau kedudukan. Bagi sesetengah individu pula, kejayaan bermakna kedamaian, keluarga dan kepuasan hati. Seterusnya ada juga individu merasakan diri mereka telah mencapai kejayaan dengan berkhitmat sebagai ahli sukarelawan, guru atau mubaligh. Dalam kata lain, sudah mengecapi kepuasan dalam hidup.

Sesungguhnya dalam kamus mereka yang berjaya menyatakan Tiada istilah GAGAL dalam hidup, hanya yang ada ialah belum berjaya menemui cara untuk mencapai matlamat yang diingini. Apabila kita sudah berusaha sebaik mungkin untuk mencapai apa yang kita harapkan, tanpa mengambil kira apa hasilnya, sesungguhnya anda telah BERJAYA. Kalaupun anda BERJAYA mencapai apa yang diharapkan itu hanyalah bonus atas usaha Anda.

Kita boleh mendapat pengajaran serta membina akhlak melalui kekalahan. Kita mesti menerima kegagalan tanpa perasaan malu atau aib. Ia hanya merupakan kegagalan sementara dalam kehidupan. Tidak ada salahnya jika mengalami kekalahan sementara. Kegagalan yang sebenar ialah apabila seseorang itu gagal bangkit semula daripada kekalahan yang sementara.

KEGAGALAN dan KEJAYAAN adalah suatu nikmat yang ALLAH swt beri pada kita. Sekali GAGAL bukan bererti GAGAL untuk selamanya. Kehidupan atau peristiwa yang kita lalui dalam hidup ini akan menjadikan kita lebih dewasa, lebih matang, lebih berketrampilan.


Justeru, penting sangat kita ubah cara berfikir untuk jadikan KEGAGALAN sebagai sumber untuk menuju kepada suatu KEJAYAAN. jangan mudah berputus asa, teruskan berusaha, lagi dan lagi hingga kita tiada lagi, untuk mencapai KEJAYAAN dalam apa sahaja yg kita lakukan, InsyaAllah.

Akhirnya, Kejayaan berpunca dari banyak perkara, begitu juga dengan kegagalan. Selagi tak gagal susah nak berjaya. Bila hampir berjaya, berjaga-jaga dari hasad manusia, mohonlah dengan Rahmat Perlindungan daripada Allah. Apabila sampai pada matlamat, beri Rahmat kepada orang lain pula supaya barakah dalam rezeki, barakah dalam kehidupan. Dengan itu dapatlah kita hidup dan mati dengan Rahmat daripada Allah swt.

;~) FAST.

July 19, 2010

Kehidupan Yang Bahagia

Adakah anda bahagia ?. Sebenarnya kebahagiaan, penderitaan dan sebagainya adalah pilihan individu itu sendiri. Anda yang pilih, bukan orang lain. Teruskan membaca ;~)
Apakah kriteria orang paling bahagia dalam kehidupannya? Tidak salah jika anda menjawab, Kebahagian ialah bila berjawatan atau pangkat yang besar di Jabatan atau Syarikat yang terkenal, Pekerjaan dengan gaji yang tinggi sehingga dapat menjelajah ke seluruh dunia sepuasnya. Tidak kurang juga mereka yang menyatakan kebahagiaan ialah bila memiliki keluarga yang bahagia. Sedarkah kita tanpa itu semua pun, kita mampu menjadi orang yang paling bahagia di dunia. Apakah caranya?. Antara cara yang ditemukan dalam penyelidikan ialah :

1. Mempunyai saudara atau adik beradik.
Mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang kakak/abang atau adik umumnya tinggal dalam persekitaran yang membantu, bersikap optimis, dan dapat mengatasi masalah dengan lebih baik. Penemuan ini dapat dilihat hasil daripada penyelidikan yang dilakukan The British Psychological Society.

2. Banyak senyum.
Orang dewasa yang semasa zaman remajanya dikenal dengan murah senyuman akan mempunyai zaman kehidupan berumah tangga yang lebih bahagia dan hormoni. Daripada kajian yang dijalankan oleh DePauw University dinyatakan bahawa, peluang kelompok pertama (mereka yang selalu tersenyum) untuk bercerai adalah 5 kali lebih rendah dibanding kelompok kedua (jarang senyum). Kesimpulan daripada penyelidikan itu mendapati bahawa orang yang murah dengan senyuman mempunyai pemikiran yang lebih positif dan dapat dipindahkan kepada pasangannya.

3. Jarang menonton television.
Menurut kajian, orang-orang yang ceria hanya menghabiskan kurang dari 30 peratus daripada masanya untuk menonton television. Mereka lebih suka bergaul dengan orang lain, membaca buku, atau melibatkan diri dalam kegiatan keagamaan. Berbagai jenis kegiatan seperti ini dianggap lebih mendatangkan kesan positif bagi mood dan kesihatan seseorang.

Hargailah apa yang kita ada, supaya kita tidak menyesal pabila ianya hilang,

;~) FAST

July 18, 2010

Baik Buruk Makanan Segera

Adakah anda pengemar makanan segera?. Senang cakap 'Fast Food'. Dalam seminggu berapa kalikah kita mengambil makanan segera sebagai menu harian: Sangat Kerap, Kerap, Jarang, atau kadang-kadang... Teruskan membaca ;~).

Apa itu makanan segera? Laman web Wikipedia merujuk makanan segera sebagai makanan yang dimasak terlebih dahulu dalam jumlah yang besar dan hanya perlu dipanaskan semula mengikut kehendak pembeli.(sebelum dimakan)

Percayakah anda bahawa terdapat sekurangkurangnya 200 jenis makanan segera yang amat digemari rakyat negara ini menjadi punca pelbagai penyakit kritikal penduduk Malaysia. Mereka ini terdedah kepada makanan yang mengandungi kandungan lemak trans-fats, gula, garam dan bahan kimia yang tinggi. Ia juga dikategorikan sebagai ‘sampah’ dan mengancam kesihatan terutama kanak-kanak.

Penyakit-penyakit yang dicetuskan oleh makanan ini adalah obesiti yang seterusnya akan mengundang pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, jantung dan kanser.


Makanan seperti Mee SEGERA, Haa,,Haaa,,,,Pakai Buang,,,,macam lagu la pulakkk ,,, Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), antara makanan dan minuman segera yang dikategorikan sebagai tidak berkhasiat ialah mi segera, minuman bergas, gula-gula, burger dan coklat. Makanan terbabit merupakan penyumbang kepada penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang. Penyakit kronik seumpama ini telah dihidapi kira-kira 3 juta rakyat Malaysia sekarang ini.

Perangkaan menunjukkan hampir 2 juta rakyat negara ini iaitu kira-kira 8.5 peratus daripada 26 juta penduduk, didapati menghidap penyakit diabetes yang kebanyakannya berpunca daripada makanan. CAP dalam kajiannya turut mendapati hampir keseluruhan murid-murid sekolah menjadi sasaran kepada makanan segera dan terdedah kepada gejala penyakit kritikal itu semenjak usia muda.

Pendedahan kajian tersebut mendapati kandungan gula berlebihan dan pewarna tiruan merupakan antara ‘racun’ yang tersembunyi dalam makan segera.

Sementara itu, Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar Shah Alam, Dr. Zulkarnain Ahmad Hamidy berkata, pengambilan makanan segera yang berlebihan dan malas bersenam akan menyumbang kepada obesiti yang menjadi punca segala penyakit termasuk darah tinggi, masalah jantung, kencing manis dan kegagalan buah pinggang. Beliau menambah, kebanyakan menu makanan segera mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi tanpa vitamin atau zat berfaedah terutama untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Haa..haaa...haaa...apa macam dengan info ini, ada berani lagi mau makan mee segera

Yaa Ampunnn,,,,

;~) FAST

Majlis Khenduri Sambut Puasa

Ieya ! Nak sambut puasa pun ada khenduri, Yes! sekarang nie memang musim kenduri sambut bulan puasa. Pergilah kemana-mana masjid solat berjemaah maghrib, isya atau hari sabtu dan ahad waktu zohot, pastinya ada jemputan menghadiri majlis kenduri arwah, kenduri doa selamat, kenduri sambut puasa,,, nak pergi ke tak nak pergi !, Teruskan membaca , ;~)

Saudara ku menyangka baik dengan perbuatan yang tidak nyata maksiat yang dilakukan oleh umat islam, itu adalah lebih baik.

Kita tidak mengetahui apa yang di dalam hati umat islam yang mengadakan kenduri arwah, adakah mereka beranggapan perkara itu wajib atau tidak, selagi mereka tidak menyatakan dengan lidah mereka bahawa perkara itu wajib.

Jika ada sebahagian mereka mengatakan wajib jangan kita berangapan semua muslim begitu. Sehingga kini Tidak ada seorang ulama muktabarpun berani mengeluarkan fatwa yang menghukumkan wajib kenduri arwah. Tidak ada nas al quran atau hadith yang boleh menyokong amalan ini.

Orang islam di Malaysia bersunguh-sunguh melakukan kenduri arwah di sebabkan mereka hendak menolong keluarga yang telah mati dengan bersedekah, bacaan Al-Quran, zikir dan tahlil yang mana pahalanya di hadiakan kepada si mati dan mereka tidak mahu tergolong dalam sabdaan Nabi صلى الله عليه وسلم, “من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم” , kerana lafas المسلمين lafas jamak yang masuk ال membawa makna umum jadi maknanya umum orang islam samaada yang hidup, yang telah mati, kecil, dewasa, lelaki, perempuan dan lainnya.

Mereka yang hendak melakukan kenduri arwah dengan harapan dapat menolong orang yang dikasih tidak berangapan perkara itu membebankan.

Akan tetapi, jikalau jiran, sahabat, handai tolan mengundang kita datang kerumahnya untuk berkenduri arwah, Seboleh-bolehnya berusahalah untuk memenuhi undangan ini.

Dalam hal kejiranan, umat Islam wajib mengekalkan hubungan baik dan menyemai kemesraan kerana sifat sebegini akan membentuk kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni, malah jika berdepan dengan sebarang masalah, (maklumlah hidup berjiran, tentu banyak masalah), ia insyaAllah dapat diselesaikan dengan baik.

“Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.” (an-Nisaa’: 36)

Jom nasi ambe'ng !

;~) FAST.

July 15, 2010

LIDAH SENJATA BERMATA DUA

Lidah Tak Bertulang, kalau tak ada lidah pun tak boleh cakap juga. Bukan saja tak boleh cakap, macam-macam lagi tak boleh, makan tak rasa apa-apa dan... ;~) teruskan membaca :

Meski lidah merupakan nikmat yang besar, namun kita perlu mengetahui, bahwasanya lidah yang berfungsi untuk berbicara ini seperti senjata bermata dua. Lidah dapat digunakan untuk taat kepada Allah, dan juga dapat digunakan untuk mempersekutukan Allah.

Jika seorang hamba mempergunakan lidahnya untuk membaca Al-Quran, berdzikir, berdoa kepada Allah, untuk amar ma'ruf nahi munkar, atau untuk lainnya yang berupa ketaatan kepada Allah, maka inilah yang dituntut dari seorang mukmin, dan ini merupakan perwujudan syukur kepada Allah terhadap nikmat lidah.

Sebaliknya, jika seseorang mempergunakan lidahnya untuk meminta kepada selain Allah, berdusta, bersaksi palsu, mengumpat, memfitnah, memecah belah umat, merusak kehormatan seorang muslim, menyanyi dengan lagu-lagu maksiat, atau lainnya yang berupa ketaatan kepada shaitan, maka ini diharamkan atas seorang mukmin, dan merupakan kekufuran kepada Allah terhadap nikmat lidah.

Dengan demikian, lidah manusia itu berupaya menjadi faktor yang boleh mengangkat darjat seorang hamba di sisi Allah, namun juga boleh menyebabkan kecelakaan yang besar bagi pemiliknya.

Orang yang berbicara dengan kebatilan ialah shaitan yang berbicara, ia bermaksiat kepada Allah swt. Sedangkan orang yang diam dari kebenaran ialah shaitan yang bisu, ia juga bermaksiat kepada Allah swt. Contohnya Seperti seseorang yang bertemu dengan orang fasik, seseorang yang sudah terang-terangan melakukan kemaksiatan di hadapannya, masih dia berkata lembut, tanpa menegur atau memarahinya, walaupun di dalam hati. Atau apabila melihat kemungkaran, dan dia mampu merubahnya, namun dia membisu kerana menjaga kehormatan sipesalahnya, atau orang lain, atau kerana tak peduli terhadap agama islam.


Kebanyakan manusia, ketika berbicara ataupun diam, dia sebenarnya berpotensi dengan dua jenis bencana lidah sebagaimana di atas. Sedangkan orang yang beruntung, yaitu orang yang menahan lidahnya dari kebatilan dan menggunakannya untuk perkara bermanfaat.

Di dalam Musnad Imam Ahmad, dari Anas bin Mâlik , dari Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam, baginda bersabda.

Iman seorang hamba tidak akan istiqomah, sehingga hatinya istiqomah. Dan hati seorang hamba tidak akan istiqomah, sehingga lisannya istiqomah. Dan orang yang tetangganya tidak aman dari kejahatan-kejahatannya, ia tidak akan masuk surga.

Menjaga lidah disebut juga hifzhul-lisan. Lidah itu sendiri merupakan anggota badan yang benar-benar perlu dijaga dan dikendalikan dengan sempurna. Lidah memiliki fungsi sebagai penerjemah dan pengungkap isi hati. Oleh karena itu, setelah Rasullah saw. memerintahkan seseorang beristiqomah, kemudian mewasiatkan pula untuk menjaga lisan. Penjagaan dan lurusnya lidah (lisan) sangat berkaitan dengan ketulusan hati dan keimanan seseorang.

Oleh itu, seorang mukmin hendaklah menjaga lidahnya. Apa jaminan bagi seseorang yang menjaga lidahnya dengan baik? Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

Barang siapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara dua rahangnya dan apa yang ada di antara dua kakinya, niscaya aku menjamin surga baginya.

Imam an-Nawawi rahimahullah (wafat 676 H) berkata: "Ketahuilah, seharusnya setiap mukallaf (orang yang berakal dan baligh) menjaga lidahnya dari seluruh perkataan, kecuali perkataan yang jelas maslahat padanya. Ketika berbicara atau meninggalkannya itu sama maslahatnya, maka menurut Sunnah adalah menahan diri darinya. Karena perkataan mubah boleh menyeret kepada perkataan yang haram, atau makruh. Kebiasaan ini, bahkan banyak dilakukan. Sedangkan keselamatan itu tidak ada bandingannya.

Jaga Lidah Sendiri, Makan Sup Lidah Lembu.

;~) FAST

Jantung Hatiku

Jantung dibaca sebagai Hati adalah seketul daging yang berperanan mengawal pergerakan seluruh jasad manusia. Jantung hatiku, yang mana satu sebenarnya: jantung atau hati,,, Teruskan membaca ;~)

Jika hati seseorang itu bersih (daripada kekotoran dosa) maka jasadnya juga turut melakukan kebaikan, sebaliknya jika hati itu penuh dengan kekotoran dosa, maka ia akan mendorong seseorang itu melakukan perkara yang ditegah agama. Keadaan hati, sama ada bersih atau kotor mempunyai pertalian rapat dengan keimanan dan ketakwaan seseorang.

Diriwayatkan daripada Nu'man bin Basyir bahawa Rasulullah saw. mengingatkan kepada umatnya mengenai kepentingan menjaga hati, yang bermaksud:

"Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul daging, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati." (Riwayat Bukhari – 2/49). Hati yang dimaksudkan ini adalah sebenarnya Jantung (Heart)

Berdasarkan hadis itu, dapatlah kita gambarkan hati manusia yang rosak itu seumpama sebuah komputer yang telah diserang virus. Ia mengganggu sistem komputer dan mencacatkan penggunaannya. Begitulah juga hati, jika ia penuh dengan kekotoran dosa, maka seluruh anggota akan jadi rosak.

Di dalam al-Quran ada ayat yang menyentuh mengenai hati, tetapi melalui pelbagai istilah. Melalui ayat itu juga diterangkan hati dapat dijaga dan diubati hanya dengan bertakwa atau beriman kepada Allah.


Fiman Allah dalam surah As Syam (Ayat 9-10). “Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya, Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya”.

Sesungguhnya perkaitan hati dan hubungan dengan ketaatan terhadap Allah swt. amat rapat. Sebab itu kita hendakah sentiasa berdoa meminta Allah swt. memelihara hati kita agar sentiasa taat kepada-Nya.

Hati yang bersih dan luhur membolehkan seseorang menangkis segala godaan syaitan. Sebenarnya manusia menghadapi dua bisikan, iaitu bisikan syaitan dan bisikan malaikat.

Bisikan syaitan menggoda manusia. Jika syaitan berjaya menguasai hati, ia akan menguasai seluruh jiwa dan manusia menjadi tidak taat kepada Allah. Seterusnya lahirlah manusia kejam, tidak berperikemanusiaan, pembohong, pemfitnah dan sebagainya.

Sebaliknya jika jiwa dikuasai dengan unsur ketakwaan, maka dengan sendirinya syaitan terhindar dan jadilah seseorang itu orang yang bertakwa kepada Allah dan sentiasa mengingati dan bersyukur kepada-Nya.

;~) FAST

July 13, 2010

Darling I Love You

Perkahwinan mampu berkekalan apabila pasangan selalu mempraktikkan ungkapan-ungkapan kasih sayang kepada pasangan. Darling i love you, ai oo ai nie, no na nae kadi lae kerin, waa cayang loo, sayanggg, sayangg, sayanggg, sayang sayang sayang!, sayang sayanggggggg sayang. Perkahwinan menjadi bertambah indah apabila pasangan selalu mempraktikkan ungkapan-ungkapan kasih kepada pasangan masing-masing sekurang-kurangnya tujuh kali sehari.

Sesungguhnya Allah menjelaskan bahawa di antara hikmah pernikahan antara lelaki dan wanita itu supaya dapat diwujudkan perasaan saling mencintai dan mengasihi di antara mereka. Oleh kerana itu, Rasulullah turut menganjurkan kepada umatnya untuk menikahi wanita yang dapat mewujudkan mawaddah (kasih sayang) dan rahmah dalam rumah tangga.

Sesungguhnya perkahwinan bukan sekadar untuk melampiaskan nafsu yang ada di dalam diri, bukan setakat untuk melahirkan zuriat penyambung keturunan. Perkahwinan adalah sebagai manifestasi sebuah mahligai cinta dan lambang kasih sayang. Sebab itu dalam ikatan perkahwinan, kita bukan nak mencari persamaan antara pasangan, tetapi untuk mendapatkan keserasian antara pasangan. Keserasian antara pasangan boleh dibentuk melalui sikap tolak ansur, kasih sayang, cinta dan rindu yang Allah letakkan dalam setiap jiwa manusia di samping sifat belas kasihan dan bergaul mesra antara sesama mereka.

“Suami isteri perlu sentiasa berkomunikasi, bergurau, bermesra dan memanggil pasangan dengan panggilan-panggilan manja seperti sayang, abang, darling, hubby, manja dan sebagainya. Dalam riwayat dikatakan Rasulullah saw. memanggil isteri Baginda, Siti Aisyah dengan panggilan Humairah (pipi merah),” . (Kita panggil apa ayekk kepada pasangan kita , Oii bapaknye, ieye emaknye,,,laaa tak romintika laa,,)

Suasana kasih sayang dalam perhubungan suami isteri perlu lahir dalam hati yang ikhlas dan jujur, bukannya paksaan atau dibuat-buat. Suami isteri perlu memainkan peranan masing-masing untuk memupuk perasaan itu agar ia sentiasa mekar dalam jiwa dan membuahkan keserasian dan kemesraan. I miss you darling.

Sekurang-kurangnya terdapat tiga cara utama untuk menerbitkan keserasian antara pasangan iaitu dengan mengadakan sembahyang berjemaah, makan makanan yang dimasak oleh isteri serta tidur bersama (bukan sekadar melakukan hubungan intim).

Seseorang itu akan mendapat banyak ganjaran pahala daripada Allah walaupun sekadar menatap wajah suami atau isteri masing-masing. “Ada lima perkara apabila kita menatapnya akan mendapat pahala iaitu melihat Kaabah, melihat mushaf al-Quran, melihat wajah ibu bapa, orang alim dan memandang wajah suami atau isteri dengan penuh kasih sayang,”

“Isteri yang solehah itu diertikan apabila kamu memandangnya kamu akan rasa terhibur, sentiasa mentaati suaminya selagi tidak bertentangan dengan syariah dan menjaga kehormatan diri dan suaminya,”

Dalam menyusun keluarga yang tenteram dan sejahtera, Islam berpandu kepada dua prinsip iaitu 1. Didikan yang mengukuhkan kesedaran beragama dengan disuburkan perasaan taat kepada Allah, 2. Tidak menganiaya sesama manusia, (belas kasihan, bertimbang rasa).

Mari kita sama-sama mewujudkan keluarga yang bahagia, Rumahku Syurgaku.

;~) FAST.

Cinta dan Maknanya Dalam Kehidupan Manusia

Pernah jatuh cinta ?. Semua orang pernah jatuh cinta, serupalah semua orang pernah jatuh. Cumanya kekadang kalau dak selalu sangat jatuh,,,hingga tak sedar dah jatuh rupanya. Sama halnya dengan jatuh cinta,,, bila selalu sangat jatuh cinta,,,, aku jatuh cinta ke ? laaa, teruskan membaca ;~)

Kecemerlangan diri bermula dari rumah, bermula dengan berkasih sayang suami dan isteri, romantis untuk mengekspresikan kasih sayang, yakni cinta kasih dan sayang antara suami isteri dapat dipamirkan sepanjangn masa.

Kuasa Cinta : Cinta mensyucikan akal, menyahkan kekhuatiran, memunculkan keberanian, mendorong berketrampilan rapi, menjaga akhlak mulia, membangkitkan semangat, meningkatkan keyakinan, memperlihatkan pergaulan yang baik serta menjaga adab dan keperibadian.

Imam Ibnu Qayyim Al Jauziyah (Ilmuan Islam yang terkenal, berasal dari Damsyik, Syria 1292 Masihi), menulis dalam bukunya “Raudah Al Muhibbin Wa Nuzhah Al Mustaqin member komentar mengenai pengaruh cinta dalam kehidupan seseorang “ Bila seseorang kekasih telah singgah di hati, fikiran akan terpaut pada cahaya wajahnya, jiwa akan menjadi besi dan sang kekasihnya adalah magnet. Rasanya selalu ingin bertemu meskipun seketika, memandang sekilas bayang sang kekasih membuat jiwa ini seakan terbang menuju langit ke 7 dan bertemu dengan jiwaNya.” Cinta pada yang satu, Cinta pada yang maha Esa.

Cinta melahirkan kebahagiaan, kebahagian menzahirkan ketenangan.

;~) FAST

July 12, 2010

Sotong Oh Sotong

MADRID - Kerajaan Sepanyol semalam melahirkan kebimbangan berhubung masa depan sotong peramal pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dipelihara di Akuarium Sea Life, selatan Jerman ekoran keputusan perlawanan separuh akhir semalam di Afrika Selatan.

Paul mendapat perhatian meluas setelah membuat ramalan tepat semua perlawanan melibatkan Jerman atau bukan Jerman.

Sotong itu turut membuat ramalan tepat dengan memilih Sepanyol menewaskan Jerman.

Haiwan itu membuat ramalan dengan memilih bekas berisi makanan yang dihiasi bendera Sepanyol dan bukannya bekas dihiasi bendera Jerman. Begitu juga pada perlawanan akhir antara Sepanyol dengan Belanda yang berkesudahan Sepanyol menewaskan Belanda.

Kerajaan Sepanyol bimbang rakyat Jerman akan membalas dendam dan mengikut jejak penyokong-penyokong Argentina sebelum ini yang mahu menjadikan sotong tersebut sebagai makanan ekoran ramalan Paul mengenai nasib negara itu. Begitu juga dengan rakyat Belanda yang akan menggantikannya dengan Ayam Belanda pada FIFA World Cup musim hadapan.

Segelintir penyokong Jerman yang kecewa selepas kalah kepada Sepanyol mengirim pesanan menerusi pelbagai forum di Internet sehingga ada yang menawarkan ganjaran bagi mendapatkan sotong berkuasa psikik itu dan dijadikan hidangan panggang barbeku.

Situasi itu menyebabkan ramai rakyat Sepanyol mulai bimbang dengan nasib sotong tersebut.

GAMBAR menunjukkan sotong yang bernama Paul membuat ramalan pertandingan antara Malaysia dengan Jerman !.

Rakyat Malaysia bagaimana , Jika ternyata betul ramalan Poul bahawa Malaysia akan menewaskan Jerman ?

Haa,,,Haa,,Haa,,,Tuhh laaa jangan mudah terpedaya dengan sotong, Jaga Iman jangan tergelincir dek kerana seekor sotong.

July 11, 2010

Anda dan Personaliti : Personaliti Periang

Personaliti Orang Yang Periang

Seseorang yang berjiwa periang akan mudah bergaul dengan orang lain kerana bagi mereka, bertemu dan bergaul dengan orang lain itu adalah sumber kepada kebahagian dan ketenangan dalam kehidupan. Anda bagaimana ?. Teruskan membaca ;~)

Orang yang periang selalunya :
1. Berasa selesa apabila berada dalam keadaan keramaian dan seronok bertemu, berbual, berkenalan dengan ramai orang.
2. Lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dengan lemas tenggelam dalam dunianya sendiri. (Suka bergaul)
3. Lebih suka berbincang dengan orang lain dalam mencapai sesuatu keputusan berbanding dengan membuat keputusan sendiri.
4. Lebih suka bercakap berbanding dengan mendengar.
5. Selalunya suka bila diberitahu oleh orang lain yang dirinya menarik, popular, berjaya, dikagumi dan sangat menyenangkan orang lain. (suka dipuji laa tuhh).
6. Berkebolehan untuk menganalisis situasi baru dengan mudah.
7. Lemas kalau selalu terkurung atau dikongkong. (hidup berseorangan)
8. Gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis-majlis makan, sukan, hari keluarga dan sebagainya.
9. Gemarkan muzik yang harmoni dan rancak.
10. Dikenali juga sebagai Happy go lucky.

Kalau kesemua 10 di atas ada dalam diri anda, memang sah lah,,,, kalau separuh saja yang anda ada (5), mungkin anda adalah makhluk dua alam, kalau kurang dari tiga, anda bukan dalam golongan ini, maaf tunggu personaliti lain yang akan kita bincang, sekarang bukan masa anda. Tungguuuu... :`)

FAST

July 10, 2010

Selamat Pagi Malaysia TV1, 12 Julai 2010, 7:35 Pagi

Topik yang akan dibincangkan di TV 1, Isnin 12 Julai 2010, Jam 7:35 pagi dalam segmen Selamat Pagi Malaysia :

Antara Keinginan dan Kehendak : Fokus kepada pelajar yang terpaksa berkorban minat mereka terhadap kursus pilihan sendiri semata-mata ingin memenuhi kehendak ibu bapa.

Antara isu yang akan dikupas ialah :

1. Ibu Bapa perlu memahami apa yang dinamakan FITRAH, WATAK, BAKAT DAN MINAT. yang terdapat dalam diri anak.
2. Empat tahap mendidik anak. Tahap yang perlu diketahui oleh ibu bapa dalam menelusuri perkembangan anak.
3. Peranan ibu bapa dalam menentukan hala tuju (kerjaya) anak.
4. Keperluan antara minat, kehendak ibu bapa dengan kelayakan yang ada.
5. Apa yang dimaksudkan dengan kalimat, yang berbunyi allimuw awladakum fainnahum la ya'isuw fi zamanikum iaitu: didiklah anak-anakmu sesuai zamannya, karena mereka tidak hidup dizaman kecilmu,

“ Didiklah anak-anakmu karena mereka akan berada dizaman yang berbeda dengan zamanmu ” . (Umar bin Khatab)

Mari kita sama-sama bincangkan topik ini,
Ingat temu janji kita di TV1, Isnin 12 Julai 2010, jam 7:35 pagi. Jumpa disana.
Segera !. Hantar komen dan pandangan anda untuk dibincangkan.

;~) FAST

Selamatkan Anak Kita Daripada Penyakit Depresi

Gejalan penyakit depresi semakin meningkat dikalangan pelajar !. Satu hal yang membimbangkan. Hospital semakin banyak dibina, Penyakit yang pelik lagi ajaib semakin banyak yang muncul. Binggung !. Apa ke benda yang dinamakan depresi itu ? Nak tau lebih lanjut,,, teruskan membaca ;~).

“Cikgu !!!, tolonglah saya. Saya rasa macam nak mati aje. Kebelakangan ini saya tidak dapat belajar, tidak dapat tidur. Kehidupan saya macam sudah tidak bererti!”. Begitulah keluhan dan aduan daripada seorang murid kepada gurunya.

Bagi mereka yang profesionnya ialah guru, kaunselor, pensyarah, pakar psikologi ataupun pekerja sosial, pasti pernah menerima aduan yang sama. Dalam kebanyakan kes, pelajar sebenarnya menghadapi masalah depresi (kemurungan).

Keadaan sedemikian menjadi lumrah terutama sekali ketika pelajar menghadapi peperiksaan. Masalah akan lebih terasa kepada pelajar kelas peperiksaan (UPSR, PMR, SPM, STPM). Apatah lagi dengan harapan yang menggunung tinggi daripada ibu bapa agar anak-anaknya dapat mengumpul semaksima A yang mungkin.

Sejak dari pra sekolah, pelajar telah ditanamkan dengan fahaman bahawa keputusan peperiksaan yang cemerlang akan menjamin masa depan yang gemilang. Dapat belajar di sekolah yang ternama dan akan dapat biasiswa bagi melanjutkan pelajaran. Nah kan itu yang diharapkan oleh mereka yang bergelar pelajar.

Maka belajarlah mereka bermati-matian dengan harapan untuk memperoleh bilangan A+ atau A yang sebanyak mungkin. Namun hakikatnya, sistem pendidikan kita yang terlalu menekankan keputusan peperiksaan telah menyumbang kepada kecelaruan emosi di kalangan pelajar. Ramai di antara mereka didapati telah menghidap penyakit depresi akibat tekanan daripada ibu bapa, guru dan masyarakat.

Apakah tanda-tanda yang signifikan apabila seseorang didapati menghidap penyakit depresi? Menurut ahli psikologi, kecelaruan emosi merupakan kecelaruan psikologikal yang menghasilkan gangguan emosi. Gangguan emosi ini berterusan sehingga menjejaskan kognitif dan tingkah laku individu tersebut serta menghadapi kesukaran dalam mengendalikan skil interpersonalnya.

Secara keseluruhan, kecelaruan emosi terbahagi kepada dua iaitu kecelaruan depresif (depressive disorder) dan kecelaruan bipolar (bipolar disorder). Menurut kajian, seseorang disahkan menghidap depresi major sekiranya menghadapi tanda-tanda seperti berasa murung, letih dan kecewa, sekurang-kurangnya untuk dua minggu berterusan. Selain itu, aktiviti hariannya turut terjejas. Penyakit depresi merupakan penyakit yang lumrah di negara-negara maju dan membangun seperti Amerika Syarikat.

Kajian menunjukkan hampir 9.9 juta rakyat Amerika yang umurnya dalam antara 18 hingga 54 tahun menghidap penyakit depresi (NIMH, 2001). Negara kita juga tidak terlepas daripada permasalahan ini. Malaysia turut memperlihatkan suatu gejala yang mana kadar penyakit depresi akan naik khususnya di kalangan pelajar sama ada pelajar sekolah rendah, menengah ataupun institut pengajian tinggi. Keadaan sedemikian harus diambil perhatian yang serius oleh ibu bapa, warga pendidik dan masyarakat keseluruhannya supaya permasalahan ini tidak menular menjadi satu penyakit atau wabak yang mengancam.

Adakah Anda Menyokong Pemansuhan Peperiksaan UPSR dan PMR ?

FAST

July 09, 2010

Life Is So Short

Salam Alaik :~)

Life is not about making money, acquiring power or recognition. Life is definitely not about work! Work is only necessary to keep us living so as to enjoy the beauty and pleasures of life. Life is a balance of Work, Family and Personal time .. You have to decide how you want to balance your Life. Define your priorities, realize what you are able to compromise but always let some of your decisions be based on your instincts. Happiness is the meaning and the purpose of life, the whole aim of human existence. Go for Jannah, InsyaAllah.

So, take it easy, do what you want to do and appreciate nature. Life is fragile, Life is short. Do not take Life for granted. Live a balanced lifestyle and enjoy Life!






Watch your thoughts; they become words.
Watch your words; they become actions.
Watch your actions; they become habits.
Watch your habits; they become character.
Watch your character; it becomes your destiny.

FAST

July 08, 2010

Tiga Cara Menjalani Kehidupan

Bagaimana cara anda menjalani kehidupan seharian ?. Senang-senang saja, kekadang senang, kekadang susah atau selalunya sukar dan menyakitkan. Teruskan membaca ;~)

Seorang Ahli Falsafah Cina bernama Confusius pernah berkata, Terdapat 3 kaedah untuk menjalani kehidupan ini,

Pertama dengan jalan meniru (melihat sekeliling), itu adalah jalan yang paling mudah, dan Kedua melalui pengalaman, itu adalah jalan yang paling menyakitkan, dan Ketiga dengan cara merenung dan berfikir. Daripada kesemua cara tersebut, cara yang ketiga itu adalah jalan yang paling mulia

Orang yang luar biasa itu sederhana dalam ucapan, tetapi hebat dalam tindakan.

FAST.

Pengorbanan Seorang Adik

Nilai erti kasih sayang. Kasih sayang dibina dengan menciptakan memori-memori indah. Sudahkah kita membina memori indah bersama keluarga ?. Bagaimana memori indah ini boleh dijadikan motivasi untuk kita terus melangkah anak tangga demi anak tangga kehidupan. Jumpa anda di puncak. Teruskan membaca :~).

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi kegilaan anak gadis ketika itu, aku ambil siling 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Ayah meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak ada yang mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil !". Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam belakang adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik lemah longlai di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Lepas ni apa lagi yang kamu nak malukan ayah?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak,semuanya dah terjadi!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian merenung kewajah adik dalam-dalam. Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa dengan kamu ni?. Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!". "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, macam mana nak bawa keluarga keluar daripada kemiskinan,"

Aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti." Itu kata-kata yang mampu aku luahkan.

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada di biliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat..... "Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang untuk akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!". "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?". Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!". Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat pengajian di universiti, aku pulang ke kampung sementara menunggu majlis konvokesyen.

Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menjangkau 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada." "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Sepontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa kami sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kaki kakak berdarah sebab tercucuk batu, tunggul dan calar-balar." "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

FAST,
Baca jangan sampai menangis.

July 07, 2010

AMALAN YANG DIANGGAP SUNNAH DI BULAN REJAB

Hari ini sudah 25 Rejab. Sudah kepenghujung bulan rupanya, patutlah bulan di langit sudah mula menurun. (Biarlah Bulan Bicara Sendiri). Apa lebihnya Rejab berbanding dengan bulan-bulan yang lain ? Mengapa ada orang mula berpuasa pada bulan Rejab, diikuti dengan Syaban dan seterusnya Ramadan,,, wah 3 bulan berturut-turut. Nak tahu,,, teruskan membaca ; ~ )

Rejab pada bahasa membawa maksud mengagungkan atau memuliakan. Bulan Rejab merupakan bulan yang ke tujuh dalam kalendar hijrah. Ia dinamakan Rejab kerana orang-orang Arab pada zaman jahiliah memuliakan bulan ini lantas mengharamkan apa jua bentuk peperangan didalamnya.

Di dalam hitungan kalendar Islam terdapat dua belas bulan yang mana Allah S.W.T. telah memuliakan empat bulan darinya. Firman-Nya:
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. – al-Tawbah (9) : 36

Imam al-Qurthubi berpendapat tafsiran “maka janganlah kamu menganiaya diri kamu” di dalam ayat di atas bermaksud jangan seseorang itu menjadikan apa yang diharamkan pada bulan ini halal dan janganlah mengharamkan apa yang halal.

Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi s.a.w. ini memperincikan lagi tentang nama bulan-bulan tersebut:
Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662

Berdasarkan kenyataan di atas, ternyata bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang telah dimuliakan oleh Allah S.W.T. Justeru, telah tersebar dalam masyarkat islam di Nusantara terdapat amalan-amalan yang dikhaskan sempena bulan Rejab ini dan ianya memiliki fadilat-fadilat yang besar.

Namun begitu pada hakikatnya tidak terdapat satu dalil pun yang sah menunjukkan terdapat amal-amal ibadah yang tertentu bersempena dengan bulan Rejab. Hal ini telah diperakui oleh tokoh ulamak hadis yang terkenal bernama al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani r.h dalam kitabnya Tabyin al-Ajib Bimaa Warada Fi Fadli Rajab yang mana menurut beliau tidak ada hadis yang sahih tentang keutamaan bulan Rejab (melainkan ia termasuk bulan-bulan haram), puasa Rejab dan solat malam pada bulan Rejab yang dapat dijadikan pegangan. – Rujuk Muhammad ‘Abdussalam al-Syaqiry, As-Sunan wa al-Mubtada’aat al-Muta’alliqah bi al-Adzkaar wa ash-Shalawaat, (edisi terjemahan dengan tajuk Bidaah Bidaah Yang Dianggap Sunnah, Qisthi Press, Jakarta, 2004) ms. 152.

Walaupun begitu tidak terdapat ulamak yang menegah jika kita ingin melakukan amalan baik. Setiap amalan baik akan memberikan kebaikan kepada pembuatnya. Teruskan beramal.

Dipetik daripada beberapa coretan blogger yang lain untuk memudahkan kita berkongsi bersama.

FAST

Antara Penyebab Hati Tidak Bahagia

Sembilan penyebab utama mengapa hati tidak bahagia. Orang lain sibuk membina taman dalam hati, kita bagaimana?. Dalam hati ada rama-rama atau ada lalat? Teruskan membaca ;~)

1. Pemarah
Sifat yang telah lama bersarang dalam hati manusia. Paling mudah dikesan atau dilihat dalam tindak tanduk seseorang. Selalunya kurang bertolak ansur dengan orang lain. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hatinya tidak tenteram.

2. Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Simpan dalam hati dan sukar memaafkan. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun perkara yang kecil dan remeh. Orang pendendam mudah kena sakit jantung dan kehidupan penuh dengan tekanan atau stres.

3. Hasad dengki
Perkara yang akan merosakkan amalan soleh. Amalanya hangus akibat hasad dengkinya. Hatinya selalu sakit bila melihat orang senang atau lebih daripada dirinya. Orang seperti ini akan menjalani hidup dengan sentiasa takut dengan bayang-bayang sendiri.

4. Bakhil atau Kedekut
Tidak pandai bersyukur dan berterima kasih. Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain darinya. Orang seperti ini menganggap bila bersedekah hartanya akan berkurangan sedangkan Allah menetapkan bahawa dengan bersedekah maka harta akan menjadi berkat dan bertambah melimpah ruah. Kalau sedikit bakhil, bila banyak lagi bertambah sifat bakhilnya.

5. Tamak
Selalunya tidak berpuas hati atau tidak bersyukur. Jika tidak bersyukur dengan yang sedikit nescaya tidak akan bersyukur dengan yang banyak. (orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
Sifat sabar senang diucapkan tetapi sukar hendak diamalkan. Jika ada keredzaan dengan ketentuan Allah maka sabar akan datang. Mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Tidak sabar akan menyebabkan kekesalan dan kekecewaan.

7. Ego
Ibu segala sifat mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenteram. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar. Azazil terkeluar dari syurga dan dinamakan Syaitan kerana memiliki sifat ini. Semua orang ada egonya sendiri, cuma bergantung bagaimana cara mereka mengendalikannya.

8. Riak
Orang seperti ini akan sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada.

9. Cinta Dunia
Cinta dunia dan takut mati serta panjang angan-angan adalah sifat yang membuatkan manusia lupa dan lalai. Tidak kenal erti puas dan akan terus menjadi ‘hamba dunia’. Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ianya merupakan barang buruan dan rebutan yang tidak ada penghujungnya kecuali maut.

Sama-sama baiki "hati" agar dalam hati ada taman.

FAST.

Masalah Yang Bagaikan Tiada Penghujung



Apakah peranan kita untuk mencegah permasalahan ini.
FAST

July 06, 2010

Sengsaranya Membawa Kebencian


Seorang guru yang mengajar subjek kemahiran hidup kepada pelajar tingkatan satu mengadakan satu permainan atau simulasi. Guru tersebut meminta setiap muridnya membawa satu beg plastik transparan dan mengisikannya dengan pisang yang masak. Jumlah bilangan pisang yang dibawa bergantung kepada jumlah orang yang mereka benci. Pada setiap pisang itu dituliskan dengan nama orang yang mereka benci.

Pada hari yang ditetapkan, semua murid yang mengambil bahagian telah membawa pisang yang telah masak di dalam beg plastik seperti yang disyaratkan. Ada yang membawa dua, ada yang tiga, bahkan terdapat juga murid yang membawa lima biji pisang. Seperti yang diminta oleh guru mereka, setiap pisang diberi nama sesuai dengan nama orang yang mereka benci.

Murid-murid disyaratkan supaya membawa beg plastik berisi pisang-pisang tersebut kemana saja mereka pergi, sama ada ke kantin, surau, makmal, tandas dan sebagainya selama masa satu minggu.

Hari berganti hari, pisang-pisang tersebut telah mulai membusuk. Semua pelajar yang terlibat mulai merasa resah, marah-marah dan mengeluh. Masalah lebih dirasakan kepada pelajar yang membawa lima biji pisang, selain daripada berat, bau busuknya juga tidak menyenangkan.

Setelah satu minggu berlalu, semua pelajar tersebut merasa lega disebabkan kesengsaraan yang mereka lalui akan segera berakhir.



Guru kemahiran hidup bertanya kepada pelajarnya, “Bagaimana rasanya membawa pisang selama satu minggu ?” Keluarlah jawapan yang berupa keluhan dan kekesalan daripada pelajar terlibat. Secara umumnya semua pelajar merasa tidak selesa kerana terpaksa membawa pisang busuk tersebut ke manapun mereka pergi.

Guru itupun menjelaskan kepada pelajarnya apakah erti “permainan atau simulasi” yang mereka lalui. “Seperti itulah juga kebencian dalam kehidupan. Kesengsaraan akan selalu kita bawa apabila kita terus membenci dan tidak mahu memaafkan orang lain. Ianya sangat tidak menyenangkan, sama seperti kita terpaksa membawa pisang busuk kemana pun kita pergi. Itu baru satu minggu. Bagaimana jika kita membawa kebencian bertahun-tahun, apatah lagi kalau ianya kita bawa seumur hidup ? Alangkah tidak menyenangkan.”

Semua pelajar menganggukkan kepala tanda faham dan mengerti akan simulasi kemahiran hidup yang diajarkan oleh gurunya. “Terima kasih cikgu kerana telah mengajarkan kepada kami tentang erti kehidupan”, antara kata-kata yang terkeluar daripada mulut pelajar terlibat.

Agar hidup lebih bermakna, supaya hidup lebih mengembirakan, maafkanlah semua orang yang pernah menyakiti kita. Jangan sia-siakan hidup dengan terus menerus membenci orang lain. Hidup ini tersangat singkat, hidup hanya sekali. Jangan biarkan ianya berlalu dengan sia-sia.

FAST

Jangan Kedekut Berkongsi Ilmu

Salam Alaik : Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya,
Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat. (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi).

Ingin tahu selanjutnya, teruskan membaca ;~)

Daripada hadith di atas, kebanyakan ulamak telah menghuraikan dan memberikan pandangan seperti berikut:

1. Islam sangat menghargai ilmu dan ulama (ilmuwan). Kedudukan ilmu dan ulama sangat tinggi dan mulia dalam parameter Islam. Allah SWT telah berfirman yang mafhumnya,

Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu, “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan, “Berdirilah kamu, maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.” Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Mujaadalah [058], ayat 11)

2. Kerana kedudukan ilmu yang sedemikian tingginya, maka Islam mewajibkan umatnya untuk mempelajari ilmu, (manakan sama mereka yang berilmu dengan mereka yang tidak berilmu) sehingga diharapkan mereka bekerja berdasarkan ilmunya, bukan sekadar mengikuti seseorang tanpa tujuan atau tanpa pengetahuan.

3. Berjihad dalam ilmu maksudnya ialah bersungguh-sungguh membentuk masyarakat dari segi ilmu pengetahuan dan peradaban yang berguna serta memberikan gambaran yang betul tentangnya tanpa merasa iri hati atau tamak kerana orang yang memberikan ilmu berupa petunjuk akan dikurniakan balasan pahala dan kebaikan sama seperti orang yang mengamal ilmu tersebut.

F.A.S.T.

July 05, 2010

Doa Senjata Orang Mukmin

Ad' d'ua silah tul Mukmin, Doa itu senjata orang mukmin, Allah berfirman yang mahfumnya : Telah berfirman akan TuhanKu, Berdoalah kepadaKu, nescaya pasti Aku perkenankan doa (permintaan) kamu.

Doa pada hakikatnya suatu ibadat yang sangat istimewa dalam kehidupan seorang mukmin, sama ada diperkenan oleh Allah swt. lambat atau cepat semuanya terletak dalam pengetahuan dan kebijaksanaan Allah. Doa berfungsi mengeratkan hubungan antara manusia dengan Tuhannya, bahkan sesama manusia. Bagi seorang mukmin ketika ia menadah tangan, kerana memohon sesuatu dari Allah, jiwanya terasa puas dan tenteram, kerana pada detik-detik sentimental itu ia berkesempatan meluahkan perasaannya kepada Allah yang mampu menyelesaikan segala masalah yang dihadapinya.

Allah pasti akan memperkenankan doa seseorang hamba selagi hamba itu tidak mempersekutukan Allah. Doanya mungkin diperkenankan secara:

1. Diperkenankan terus apa yang dipohon (Cash)
2. Ditangguhkan sedikit masa (Allah yang lebih mengetahui kenapa dilambatkan
3. Ditukarkan atau digantikan Allah dengan yang lebih baik
4. Dibayar (diperkenankan di akhirat)

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216 mahfumnya:

Perkara yang kamu benci boleh jadi ia baik bagi kamu dan perkara yang kamu suka ianya boleh jadi buruk bagi kamu. Ingatlah Allah jua yang mengetahui semuanya itu sedang kamu tidak mengetahui.

Mari kita mengangkat tangan bermunajat dan berdoa kepada Allah swt. Tuhan sekelian alam.
Amin Ya Rabbi

Doa Untuk Putra PutriKu

Ya Allah, Ya Tuhanku, bentuklah putra putriku (Nur Aina Mardhiah, Ahmad Uzsair Umair, Nur Lynna Mahfudzah dan Nurul Izzah Mawaddah)

Menjadi insan yang cukup kuat untuk mengakui kelemahannya, dan cukup berani menghadapi dirinya sendiri bilamana dia berasa takut. Menjadi insan yang tetap teguh berdiri tegak dalam kekalahan yang sementara, jujur dengan rendah hati serta berbudi luhur dalam kemenangan.

Bentuklah putera puteriku menjadi insan yang mampu mewujudkan cita-citanya, tidak hanya tenggelam dalam angan-angannya. Manusia yang mengenal Engkau dan insaf bahawa memahami dirinya sendiri adalah asas semua pengetahuan dan kekuatan.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Didiklah putera puteriku supaya berhati cekal, tabah dan teguh berdiri diatas badai yang mengganas serta belas kasihan terhadap mereka yang lemah dan memerlukan pertolongan.

Bentuklah putera puteriku menjadi manusia yang berhati jernih, jiwa yang tulus ikhlas, yang bercita-cita tinggi untuk membela seluruh umat Muhammad s.a.w. membawa manusia daripada kehidupan dunia yang sempit dan sementara kepada kehidupan akhirat yang luas dan kekal. Membawa manusia yang memperhambakan diri kepada sesama makhluk kepada memperhambakan diri hanya kepadaMu Ya Allah,

Manusia yang mampu memimpin dirinya sendiri sebelum berhasrat memimpin orang lain, manusia yang mampu menjangkau masa hadapan namun tidak pernah melupakan masa yang lampau, Memahami dari mana asal usulnya, untuk apa mereka dijadikan dan ke mana tempat akhir tujuannya.

Aku mohon agar putera puteriku Ya Allah, diberikan kekuatan, ketekunan, ketabahan, kesabaran, agar mereka sentiasa serius dan berkesungguhan dalam mengejar cita-citanya seterusnya menikmati dan mensyukuri hidupnya.

Kurniakanlah putera puteriku Ya Allah ,kerendahan hati, keluruhan budi dan keredzaan untuk menerima dan menyedari bahawa keagungan sejati datangnya hanya dariMu, Ya Allah dzat yang menguasai sekelian alam. Kebijaksanaan diraih dengan pemikiran terbuka dan kekuatan sejati terletak dalam kepatuhan dan ketaatan hanya kepadaMu Ya Rabbi, Tuhan yang tiada permulaan dan tiada pengakhirannya.

Jika Engkau jadikan putera puteriku seperti itu,,,Ya Allah, Ya TuhanKu, maka akulah ayahnya, dalam keheningan malam aku berbisik... "Hidupku tidak sia-sia".

Ayah & Umi.

4 Potensi Hebat Manusia

Kata orang bijak pandai "You are actually bigger, higher, and greater than what you think" anda sebenarnya lebih besar, lebih hebat, lebih luar biasa dari apa yang kita fikirkan. Manusia adalah makhluk ciptaan Allah (Tuhan) yang amat sempurna. Kita dibekalkan dengan potensi, keunggulan dan kelebihan sebagai sarana untuk pembangunan insan. Namun sayang seribu kali sayang, banyak kelebihan yang telah built-in oleh Allah menjadi sia-sia lantaran tidak digunakan sepenuhnya dan sudahnya -- seperti lampu aladin yang tidak pernah digosok -- menjadi karat dan tidak bermanfaat.

Olehnya itu mari kita keluarkan potensi yang ada pada diri kita. Persoalannya potensi apakah itu? Benarkah ia begitu luar biasa? Adakah kita benar-benar inginkannya? Sila teruskan bacaan ini ;-)

Terdapat 4 potensi utama manusia yang mesti dioptimakan, diserlahkan, dan digilap setiap hari agar kita menjadi insan yang terus tumbuh dan menyerlah ke arah kesempurnaan ke arah insan kamil :

1. Potensi Akal

Akal adalah sebuah software yang sangat luar biasa. Akal -- dalam hal ini otak atau pikiran kita -- adalah raksasa yang sedang tidur (a sleeping giant). Otak kita adalah komputer tercanggih yang ada di muka bumi. Didalamnya terdapat ribuan bahkan jutaan sel yang mampu menyerap banyak sekali informasi. Bahkan jika sel otak kita diibaratkan sebuah chip dan dibentangkan, maka panjangnya boleh sampai ke bulan! Sungguh luar biasa. Namun ironisnya, potensi tersebtut hanya sebagian kecil saja yang digunakan.

Para pakar neurologi dan neurosains mengatakan bahwa kebanyakan manusia hanya menggunakan kurang daripada 10 % potensi otaknya. Dengan kata lain, 90 % potensi otak kita tidak pernah digunakan dan akan dibawa ke liang lahad.

2. Potensi Kalbu (Hati)
Kalbu atau hati manusia sering diidentikan orang sebagai "Indra ke-6". Ia mampu memikirkan apa yang tidak dapat dipikirkan otak. Ia mampu melihat apa yang tidak dapat dilihat otak kita. Inilah yang dinamakan intuisi (mata batin). Ada kekuatan tersendiri yang maha hebat yang tersembunyi di dalamnya. Ia akan "keluar" jika kita selalu membersihkan dan menyucikannya setiap hari. Ia ibarat cermin yang dapat memantulkan cahaya dan ilmu - ilmu Allah yang tersembunyi. Maka tidak hairan, orang yang dekat dengan Allah adalah orang yang hatinya bersih dan suci. Mereka ini mampu "melihat" apa yang tidak dapat dilihat oleh kebanyakan manusia.

3. Potensi Roh
Banyak lagi yang berkaitan dengan roh belum diketahui oleh manusia hingga kini. Ia adalah rahasia Tuhan yang mana ilmu pengetahuan modern belum dapat mendefenisikannya secara pasti. Ia adalah "AKU" yang akan kembali kehadirat Allah. Ia adalah sesuatu yang suci yang dapat mengetahui apa yang tidak dapat diketahui hati. Ia yang telah ditiupkan dalam kalbu setiap insan sewaktu 4 bulan dalam kandungan rahim ibu.

4. Potensi Fizikal

Walaupun secara mata kasar, potensi fizikal manusia tidak sehebat makhluk yang lain seperti gajah, helang, ikan paus dan sebagainya namun, ia dapat dioptimalkan dan dipergunakan secara luar biasa melampaui logik manusia. Biasa kita melihat dan mendengar orang yang dapat berlari dalam jarak 100 m kurang dari 9 saat, orang yang boleh menarik kapalterbang hanya menggunakan giginya, atau orang yang boleh berjalan di atas bara api dan sebagainya.

Kesimpulannya, manusia merupakan sebuah mahakarya dan masterpiece Allah swt yang sangat luar biasa. Bahkan kita adalah refleksi dari makrokosmos alam semesta dan co-creator Allah di muka bumi. Sehingga kita sebenarnya berupaya merealisasikan apapun yang kita inginkan. "You can be anything you want" Syaratnya? Asah potensi diri hari demi hari karena pada dasarnya KITA ADALAH BERLIAN YANG BELUM DIASAH & DICANAI. Mari kita : F.A.S.T.

July 04, 2010

Jawatan Satu Amanah

Jawatan yang kita sandang merupakan satu amanah, bukan anugerah. Jika kita ingin melihat sejauh mana benarnya kata-kata yang diungkapkan oleh seorang pemimpin yang amanah, lihatlah pada hartanya, sikapnya dan ibadah khususnya sebelum dan selepas menyandang jawatan. Jika sekiranya hartanya semakin susut (kalaupun ada pertambahan sedikit berdasarkan keperluan), kalau akhlaknya semakin luhur dan menarik, kalau ibadah khususnya (solat malam, baca Al Quran, zikir, puasa sunatnya, doa,munajatnya) semakin khusuk. Ya itu salah satu petanda dia memperalatkan jawatannya untuk melaksanakan amanah. Tetapi jika sebaliknya, itu petanda ia telah “diperalatkan” oleh jawatan yang dianggapnya satu anugerah.

Bila satu jawatan atau tugasan diberikan kepada seseorang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kebinasaannya. Begitu, antara lain maksud hadis Rasulullah SAW. Hati kita tertanya-tanya, siapakah yang bukan ‘ahlinya’ itu dan apakah pula kebinasaan yang bakal berlaku? Persoalan ini menjadi suatu yang sangat kritikal untuk ditangani justeru, disekitar kita sekarang sedang berlaku pelbagai kebinasaan, sama ada yang berbentuk fizikal, seperti bangunan, lebuh raya mahupun insaniah seperti institusi kekeluargaan, penderaan, perdagangan manusia dan sebagainya bagaikan tiada penghujungnya.

Keruntuhan akhlak serta luputnya sifat kemanusiaan bukan sesuatu yang asing lagi. Begitu juga dengan ‘keruntuhan’ tanah, jambatan, lebuh raya, bangunan dan sebagainya. Secara mudah, kita boleh katakan inilah kebinasaan yang telah terjadi dan sekali gus ini juga sebagai petanda semakin ramai yang ‘bukan ahli’ sedang memegang jawatan atau tugasan penting dalam masyarakat.

Suatu kisah untuk dijadikan iktibar, Ketika dicadangkan agar Nabi Musa as. diterima bekerja dalam keluarga Nabi Syuib as, seorang anak gadis Nabi Syuaib as telah meletakkan dua ciri utama sebagai pertimbangan atas usulnya itu – kekuatan (Al Qawwi) dan amanah (amanah). Hal ini diabadikan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“Sesungguhnya orang yang paling baik untuk diberikan kerja ialah orang yang kuat lagi amanah.” Al Qasas 26.

Kekuatan dalam konteks terkini ialah berilmu dan mempunyai kepakaran dalam bidang kerja yang berkenaan. Manakala amanah pula ialah soal keikhlasan, kejujuran dan ketelusan dalam melaksanakan pekerjaan atau tugasan. Individu yang mempunyai kedua-dua ciri inilah yang dikatakan ‘ahli’ dalam pekerjaan tersebut.

Peradaban manusia menunjukkan sejak dari dahulu lagi usaha melahirkan orang yang berakhlak lebih sukar berbanding melahirkan orang yang bijak. Kebijaksanaan (IQ) boleh diukur dengan ijazah dan kelulusan, tetapi akhlak, sikap amanah (SQ) adalah soal dalaman yang begitu maknawi sifatnya. Namun hanya jauhari mengenal manikam.

Justeru, para pemimpin, guru, majikan, ketua, ibu-bapa dan semua yang 'berakal' mestilah menjadi ‘jauhari’ yang mengenal sifat Al Amin dan Al Qawwi orang bawahannya.

Semoga Allah memberikan kita semua kebijaksanaanNya.